Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Sepanjang tahun ini, tema Twenty Ten daripada WordPress telah menarik perhatian pelbagai pihak. Walaupun masih tiada sebarang pengumuman berkaitan Twenty Eleven buat masa ini, WordPress memperkenalkan suatu tema baru yang menggunakan pelbagai fungsi HTML5 yang mana dikenali sebagai Toolbox.

Rekabentuk Tema Toolbox
Menurut WordPress, tema Toolbox adalah salah satu tema semantik, HTM5, kanvas untuk artis CSS, serta membawakan rekabentuk yang minimalistik dan sesuai untuk pembangunan tema WordPress anda. Dengan menggunakan Toolbox, para pengguna boleh membuat apa sahaja, malah membangunkan tema untuk WordPress anda dengan mudah.
Toolbox juga menggunakan elemen HTML5 pada temanya, termasuk <article>, <header> dan lain-lain, yang mana mempersembahkan kandungan anda dengan lebih baik lagi. Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun tema Toolbox, dan menggunakannya dalam pembangunan anda, ataupun melihat laman demo tema Toolbox.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
nampak kelainan sikit dari
wordpress 3.00.
mcm theme thumblr je…hehehe.
lagi stabil dan laju dari 2010 ke ni?
macam nak godek masuk toolbox ni dalam 2010, tengok lah dulu..;D
macam best je benda ni.. donlod
maybe berguna untuk projek blog lain…=)
kalau pandai design.boleh jadi lagi lawa