Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah ramai yang menekankan mengenai privasi pada laman sosial 1Malaysia.com, kini laman 1Malaysia.com telah menggantikan halaman utama mereka dengan halaman seumpama yang terdapat pada Facebook dan Friendster, dimana hanya kotak untuk pendaftaran dan log masuk sahaja dipaparkan. Namun begitu, privasi pada laman tersebut masih menjadi tanda tanya.

Antaramuka Baru Halaman Utama 1Malaysia.com
Walaupun halaman utamanya tidak memaparkan sebarang kemaskini daripada penggunanya seperti sebelum ini, namun begitu, beberapa lokasi lain, termasuk album masih boleh diakses oleh orang lain, dimana segalanya boleh dilihat oleh semua pengguna. Mungkin pihak pembangunnya, perlu mengambil-berat lagi isu privasi ini sebelum lebih ramai yang mula mengadu mengenainya.
Selain daripada perubahan pada halaman utama, 1Malaysia.com juga turut sama memperkenalkan rekabentuk bahagian navigasi yang serba baru, menyerupai pada laman Apple, selain mana, navigasi penuh tidak diperlihatkan pada halaman utama. Kedudukan logo juga turut sama diubah kedudukannya kepada bahagian tengah. Mungkin lebih banyak kemaskini akan diperkenalkan mereka dari masa ke semasa.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
boleh jadi 1facebook ar
hehe tak berminat nak register 1malaysia ni
betul2. cukuplah fb je. hehehe. – tak patriotik langsung aku.
p/s : belilah barangan buatan malaysia.
pandai najib guna peluang dunia siber masa skg ni utk tujuan politik.
rasanya web nih takder kena mengena ngan najib laa…
setuju, sosial network ni guna modal sendiri kata admin dia. bagus la ade home page baru x kla beban sgt loading home yg dahulu.
x habis2 …. ni blog teknologi la.. bukan blog politik der… hang pi main jauh2…
memang dato’ sri Najib pandai. tapi dia ada twitter sendiri, blog sendiri.
1. amik budak baru belajar buat design ke?
2. kate satu malaysia, apsal map satu dunia?
3. apsal tak boleh view ape-ape, kalau dah popular macam facebook, bole la buat camtu.
4. izinkan saya meneka, phpfox?
HAHAHA. parah2. Skill design tu macam aku kenal je sape2. aku rasa budak tu turut masuk amanz.my.
masa home page site ada feed, komplen. bila dah buat camni pun komplen. komplen je kerja korang. buat sendiri la senang. korang kan hebat.
rakyat malaysia ada kat serata dunia, kan?
biase la berckp lebih mudah dr melakukan
Aku sokong 1malaysia.com
Menarik cuma masih menunggu laman sosial buatan Malaysia yang “Made in Malaysia” di kod dari mula. Masih menunggu. Walaubagaimanapun projek ni dah kira ok sbb terdapat unsur bersatu padu antara kaum.