Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingatkah lagi dengan laman aggregator dan juga laman perkongsian artikel yang popular tidak lama dulu, Negaraku? Menariknya, kini pembangunnya dilihat memberikan perhatian kembali padanya, dan mungkin kita akan dapat melihat ianya kembali beroperasi tidak lama lagi.
Buat masa ini, domain Negaraku.net masih lagi mempamerkan halaman domain parking, manakala pembangunnya telah pun memuat-naik semula segala data lama dibawah domain Laman7.com. Buat masa ini, laman aggreagtor Negaraku.net, yang mana mengumpulkan semua berita boleh diakses seperti biasa oleh para pengguna, manakala laman untuk menghantar dan mengundi artikel, yang menjadi salah satu lokasi utama dituju oleh jurublog masih lagi tidak aktif sepenuhnya.
Seperti yang dapat dilihat pada artikel terkini yang dipaparkan pada laman sementara Negaraku, artikel terakhir yang dihantar berusia lebih 327 hari, memperlihatkan yang mana sudah hampir setahun laman tersebut tidak dapat diakses. Mungkin segalanya akan berubah tidak lama lagi. Para pengguna juga boleh mengikuti kemaskini Negaraku.net melalui halaman Facebook yang baru disediakan oleh pembangunnya.
Negaraku! – The Malaysia News Aggregator .. is it back? oh well http://bit.ly/negaraku
12 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kalau benda ni ada balik….Apesal dan petaling street tentu trgugt
tapi dah dekat setahun close kan
Tak rasa tergugat pun….
hohohoho….tak sabar tunggu negaraku.net kembali. yeay ! NH yang mantop.
wow. laju je aman
tak sia-sia saiko edy dekat twitter….kwekwkekewke..
siot korg! pelan2 laa kayuh.. insyaAllah niat nak kongsi ilmu je.
Cepat2 la revivekan Negaraku.net bos……
ni cam gengblogger gak ka
ko silap. sebenarnye gengblogger yg ikut negaraku. negaraku.net dari awal 2008. tapi ini bukan kisah ikutan, dibina utk seronok2. bukan utk lawan.
Wah, bagus ni.
Penantian yang sudah lama ditunggu oleh blogger-blogger di Malaysia. Akhirnya, Negaraku.net akan beroperasi semula.
yeah..negaraku.net akan kmbali.. teruskan usaha noktahhitam.cayalah..