Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
TV3 sentiasa hadir dengan pelbagai acara menarik dan sensasi, dan hari ini, mereka akan membawakan acara terkemuka, Anugerah Juara Lagu yang ke-25. Menariknya, acara tersebut turut akan ditayangkan secara dalam talian melalui web khas yang telah dibangunkan, dan menariknya, mereka menggunakan teknologi daripada Akamai supaya para pengguna tidak menghadapi sebarang masalah dalam menontonnya secara dalam talian.

Laman AJL25
Untuk makluman semua, sebelum ini, MediaPrima turut sama menggunakan teknologi sama dalam membawakan ShoutAward secara langsung dalam talian, dan juga laman video terkemuka daripada MediaPrima, iaitu TonTon.com.my turut sama menggunakan teknologi Akamai dalam membawakan tayangan video tanpa sebarang masalah. Bagi yang tidak ketahui, Akamai merupakan salah satu penyedia perkhidmatan berasaskan perkomputeran awan, dalam mengoptimakan kandungan web dan aplikasi mudah-alih yang terkemuka didunia.
Sebelum ini, pada tahun lepas, Anugerah Juara Lagu ke-24 turut sama telah ditayangkan secara dalam talian, dan ianya telah memperlihatkan dimana lebih 18 ribu orang pengguna seluruh dunia menontonnya secara dalam talian. Namun begitu, ramai yang tidak berpuas-hati dengan perkhidmatan tersebut, dimana ramai tidak dapat mengaksesnya, dan tayangan pada web diperkatakan agak perlahan. Mungkin, kini dengan teknologi Akamai yang digunakan, mereka tidak akan menghadapi masalah serupa, malah akan ditonton oleh lebih ramai pengguna lagi.
Selain daripada itu, sekiranya sebelum ini, pada #AJL24, TV3 mengintegrasikan fungsi rangkaian sosial, iaitu Facebook dan Twitter, dimana para pengguna boleh mengemaskini status mereka dan mengikutinya secara dalam masa nyata, laman AJL25 tidak boleh mengintegrasikan sebarang fungsi rangkaian sosial buat masa ini. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai suatu halaman ringkas untuk melihat tweet berkaitan dengan AJL25.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ada orang tengok tv3 ke?
aku rasa semua dah ke HD channel ngan hulu.
hulu untuk US jer der~
aku tengok dari sini la bro. boleh kalau tau cara.
memang lah boleh. tp leceh. buat per gi support produk yg takde nk support user malaysia.
aku tengok hulu pon sebab tv3 gak yang tak mahu tayangkan cerita kat tv tu.
@matjan ape kate anda kongsi bersama kami cara2 nya.
aku rasa dia ubah Regional setting kot.. sebab WMC kena ubah regional setting dulu baru leh buka US punya channel
guna je hotspot shield, ataupun ultrasurf
tengok AJL tv3 melalui tv baru ada kepuasan….. gyahahaha….
tapi internet aku 384 ja.hehe
wah nice pakai akamai. mahal tuh..confirm smooth layan live hehe
web AJL25 tu pakai HTML5 kah?
mmg terbaik teknologi terkini memudahkan pengunjung hehe
akamai
patut ar
dia tak pakai html 5 pun