Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah memperkenalkan Android Honeycomb SDK kepada pembangun sebelum ini, kini Google sudah pun mula menghantar jemputan kepada media, dimana mereka akan mengadakan sebuah acara khas yang mana berkaitan dengan Android 3.0 Honeycomb pada hari Rabu minggu hadapan nanti.

Skrin Utama Android Honeycomb
Android Honeycomb, yang mana telah dioptimasikan secara keseluruhan untuk tablet itu telah pun diperlihatkan beberapa kali sebelum ini. Walaubagaimanapun, salah satu persoalan yang sering ditanya-tanya oleh pengguna Android adalah adakah Honeycomb akan menyokong telefon pintar. Segala perkara ini akan terjawab nanti pada hari Rabu ini. Sama-sama kita nantikannya.
2 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tak sokong phone pun ada geng yang boleh tolong suportkan….
kadang2 bende baru ni banyak smartphone x leh nk support juga kan
Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun