10Jan

Android Honeycomb Akan Menyokong Telefon Pintar dan Tablet

Google

Setelah sekian lama tertanya-tanya, kini ianya disahkan yang mana Android 3.0 Honeycomb akan menyokong penuh telefon pintar. Dan menariknya, beberapa perkara baru yang lain juga turut sama akan diperkenalkan, menjadikan telefon pintar yang menggunakan Android lebih selari di pasaran.

Salah satu perkara baru yang akan menarik pada Android Honeycomb kelak adalah dimana ianya tidak lagi memerlukan butang pada telefon. Seperti diketahui, sekarang ini, pelbagai pengeluar telefon pintar Android mengeluarkan telefon pintar mereka bersama bebutang pada perantian, untuk memudahkan navigasi, namun susunannya tidak seragam pada setiap pengeluar. Untuk mengatasinya, melalui Honeycomb, butang tidak lagi diperlukan, dimana Android 3.0 Honeycomb akan membawakan kebolehan kawalan maya, terus pada skrin dengan mudah.

Selain daripada itu, Android 3.0 Honeycomb juga turut akan membawakan cara baru untuk multi-tasking, dimana sekarang ini, pengguna Android perlu tekan butang Home untuk sedikit masa, dan kaedah itu dikatakan sedikit lambat. Melalui Honeycomb, para pengguna hanya perlu sentuh skrin sekali sahaja, dan boleh melihat aplikasi yang sedang berjalan dengan mudah sekali.

Selain daripada itu, Honeycomb turut sama akan membawakan pelbagai perkara baru, dan ianya dikatakan yang mana Google akan mengumumkan tarikh pelancaran Honeycomb secara rasmi pada acara Mobile World Congress yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari nanti.


Extension Di Perkenalkan Kepada Saluran Pembangun
Kereta Dipandu Automatik Google Terlibat Dalam Kemalangan?
Google Memperkenalkan Schemer - Dapatkan Jemputan Hari Ini Di Amanz
LG Memperkenalkan Peranti Bersaiz 5-inci Dengan Sokongan LTE - Optimus Vu
YouTube Bakal Memperkenalkan Sokongan Paparan Thumbnail Pada Semua Video

3 Komen

  1. Izzat Aziz pada 10 Jan 2011

    harap 3.0 tak lagging sangat.. iOS smooth gila.. android kureng skit.

    • Affuan pada 11 Jan 2011

      aku pakai smooth je android. ;p

  2. Mohd Isa pada 10 Jan 2011

    mantap kot android ni…aplikasi menarik…smooth tuk main game di tablet. :)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader