15Jan

Android Membawakan Fungsi Sync Music?

Google

Sejak dari tahun lepas, Google diura-ura akan memperkenalkan perkhidmatan muzik berasaskan perkomputeran awan, dan dipanggil Google Music. Walaupun telah lama tidak kedengaran mengenainya, kini ianya dilihat pada Android Gingerbread, dimana terdapatnya sebuah fungsi baru yang dipanggil Sync Music.


Fungsi Sync Music Pada Android? [via]

Sehingga kini, hanya Nexus S sahaja yang membawakan Android Gingerbread, selain ianya masih belum diperkenalkan secara rasmi kepada pengguna perantian yang lain. Melalui paparan yang kelihatan daripada GizmoFusion ini, ianya dapat dilihat yang mana sistem Android diintegrasikan sepenuhnya untuk sync akan muzik kegemaran anda dengan mudah, dan mungkin akan berfungsi sama seperti kemaskini Google Calendar dan sebagainya. Maklumat lanjut mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini.


Google Bakal Memperkenalkan Pesaing Amazon S3
iTunes 10 Mengintegrasikan Fungsi Sosial - Ping
Amazon Akan Melancarkan AppStore Untuk Android
Saluran Pembangun Chrome Dikemaskini Kepada Versi 12
Jadikan Profail Twitter Anda Unik Dengan Mengawal Galleri Pada Profail

3 Komen

  1. Azam pada 15 Jan 2011

    mereka secara perlahan – lahan bergerak kepada “cloud service”…

  2. Affuan pada 15 Jan 2011

    Ni baru kat Gingerbread. Kat Honeycomb nanti tak tahu la apakejadah lagi pembaharuan yang akan dibuat.

    *sokong android

  3. Anip pada 16 Jan 2011

    ohoho, menarik kot,


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader