03Jan

Angry Birds Untuk PlayStation Akan Tiba Minggu Ini

e-Permainan

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Angry Birds mula diperluaskan kepada pelbagai perantian, dan dalam minggu ini, permainan popular Angry Birds akan diperkenalkan pada PlayStation 3, dan PlayStation Portable, yang mana akan dilancarkan sebagai muat-turun digital PlayStation Minis.

Melaluinya kelak, sama seperti pada versi mudah-alih yang lain, para pengguna akan mengawal burung dalam menumpaskan musuh mereka, dan lebih 63 tahap disediakan oleh Rovio untuk para pengguna PlayStation. Walaubagaimanapun, ianya mungkin sedikit kurang menarik, memandangkan para pengguna tidak boleh mengawalnya menggunakan skrin sentuh seperti pada telefon dan perantian mudah-alih yang lain.

Rovio Mobile telah mencapai satu pencapaian yang amat membanggakan, dimana permainan Angry Birds telah dimuat-turun berjuta kali oleh para pengguna seluruh dunia, dan sebelum ini, mereka mengatakan yang mereka akan memperluaskan tawaran permainan Angry Birds kepada beberapa platform yang lain, termasuk Xbox 360, Nintendo Wii dan juga PC. Dengan pengenalan kepada versi PlayStation, mungkin kita boleh nantikan pelancaran pada platform lain tidak lama lagi.


Google Membeli Pembangun Permainan, SocialDeck
Les Copaque Menawarkan Lima Salinan Pocket Ipin Kepada Pembaca Amanz
Zynga Bakal Melancarkan Pesaing The Sims Dipanggil Familyville?
Video Prototaip Permainan Komputer Rainbow 6 Patriot Diperlihatkan
Aplikasi Permainan Upin Dan Ipin Pada Platform iOS Mula Kelihatan

4 Komen

  1. aizuddin pada 03 Jan 2011

    nak tunggu version pc pun jadi lah :p

  2. Azam pada 03 Jan 2011

    haha, terbaik…level 21 aku tak lepas lepas lagi…cais…

  3. khairil pada 03 Jan 2011

    wuuuuu, ada gak untuk playstation :)

  4. msbmna pada 03 Jan 2011

    menanti Angry Bird versi PSP dan PC.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader