Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, salah seorang pembangun animasi Upin dan Ipin, telah pun melangkah keluar dan menubuhkan Animonsta Studios Sdn Bhd. Menariknya, animasi pertama mereka, BoBoiBoy akan mula ditayangkan di kaca TV tempatan bermula daripada bulan Mac 2011 ini.
Berbeza dengan Upin dan Ipin yang lebih membawakan konsep semasa di Malaysia, BoBoiBoy pula membawakan jalan cerita pada masa hadapan. BoBoiBoy membawakan latar cerita, dimana salah seorang watak padanya, BoBoiBoy berusia 10 tahun berupaya menukar dirinya kepada tiga watak lain dengan kuasa yang berbeza dalam menentang keganasan makhluk asing yang datangnya ke bumi untuk mendapatkan biji koko. Tiga watak yang berbeza itu, membawakan kuasa bumi, angin dan kilat, dimana setiap satunya dipanggil dengan nama Bo, Boi, dan Boy.
Tambah menarik lagi, BoBoiBoy turut sama akan membawakan suara adik Nurfathiah Diaz yang mana sebelum ini berjaya memikat hati para penonton Upin dan Ipin.
BoBoiBoy musim pertama sepanjang lebih 26 episod dengan tempoh tayangan lebih 11 minit setiap satu akan mula ditayangkan di Malaysia, melalui saluran TV3 pada bulan Mac ini, selain turut ditayangkan pada saluran Disney dalam bahasa Inggeris.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Amanz, bukan biji koko, tapi kopi.
harap sgt supaya animasi ni meletup. yoshhh
Smart laman web dia. Kena ikuti kartun ni. Murah rezeki Adik Fathiah. Permulaan yang baik untuk tahun 2011.
apapun, jalan cerita kena menarik la. baru layan. haha.
Aku harap boleh berjaya. Tapi dari sekilas pandang, aku rasa ianya jauh dari fenomena Upin Ipin.
Kekuatan Upin Ipin bukan terletak pada grafik. Kuatnya Upin Ipin ialah sebab originality skripnya. Skrip Upin Ipin ini kerja ramai2 — samalah macam skrip Toy Story 3 yg ada sampai 7 org penulis skrip.
Apapun, moga berjaya.
byk org kuat dalam lastkopek keluar
pesaingan yang sihat. good job animonsta
mcm best je…x sbq nak download nnti..hehe
Jangan lupa saksikan Animasi BoBoiBoy bermula 13 Mac 2011 (Ahad) di TV3
@Anam: Mereka dah ubah sikit konsepnya. Kopi tukar jadi koko, kerana “kopi pahit”, kononnya.
boboiboy smge bjye cm upin ipin…..gempaq!!