31Jan

Automattic Kini Mencapai Separuh Billion Pengguna Sebulan

Web 2.0

Kini, Automattic, syarikat disebalik WordPress mencapai lebih setengah billion pengguna seluruh dunia sebulan, sekaligus menyertai pelbagai nama-nama besar, termasuk Google, Facebook dan Yahoo!. Angka tersebut merupakan kombinasi pengguna daripada rangkaian Automattic, yang majoritinya disumbangkan oleh laman WordPress.com.


Statistik Quancast Untuk Rangkaian Automattic [via]

Selain daripada laman WordPress.com, mereka juga mengambil himpunan data daripada Polldaddy, IntenseDebate, dan juga Gravatar. Menariknya, angka ini berjaya dicapai oleh Automattic dengan hanya seramai 75 orang pekerja, yang mana bekerja daripada 23 negara berbeza.

Sebelum ini, mereka telah mencipta suatu rekod yang baru, dimana WordPress 3.0 telah dimuat-turun sebanyak lebih 30 juta kali, dan kini mereka terus berkembang dengan sihat lagi.


WordPress Memperkenalkan Showcase
Twitter Mula Mengintegrasikan Carian Dan Trend
Super Wiggy Membawakan Kelajuan Lebih 6 Kali Ganda
Qpon Memeriahkan Industri Laman Tawaran Dan Diskaun
Facebook Untuk iPad Dilancarkan Secara Rasminya

1 Komen

  1. Nasrul Hanis pada 31 Jan 2011

    fuh.. hebat! dengan hanya 75 pekerja.. tapi mencapai separuh billion pengguna :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader