Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin ianya kedengaran seperti suatu yang amat gila, tetapi itulah yang kini diura-urakan oleh ramai pihak. Ianya diperkatakan yang mana RIM, syarikat disebalik BlackBerry sedang berkira-kira untuk membolehkan suatu fungsi pada perantian BlackBerry yang mana akan membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi Android.
Ianya diperkatakan yang mana RIM akan memperkenalkan mesin maya Java pada PlayBook, dan dijangkakan yang mereka akan memilih Dalvik, yang mana merupakan VM sama yang digunakan oleh Android. Sekiranya ianya benar, ianya kelak akan membolehkan aplikasi Android digunakan pada sistem operasi BlackBerry.
Seperti sedia maklum, BlackBerry makin tewas dalam industri telefon pintar dengan kemunculan iPhone dan juga Android. Namun begitu, sekiranya perkara ini adalah benar, dan betul-betul diperkenalkan, mungkin RIM masih boleh memegang industri tersebut kembali, apatah lagi dengan pengenalan antaramuka baru kelak pada BlackBerry.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Huh.. Macam2 diorang buat ek nak tarik balik pengguna lepas ios ngan android dah bkembang di atas.. tapi mesti tak best sebab aku rasa macam pakai windows punya apps dekat linux…
wahhh kalau mcm tu bb lagi dasat la berbanding android
alhamdulliah.. nie yang nak dengar nie.. dulu pakai android xperia x10 tapi sbb fully touchscreen payah kat aku nak menaip ngan cepat.. then aku tukar pada BB Torch tapi x best lah OS BB berbanding android, yang best sbb ada keypad je. Pastu aku tukar balik guna android Motorola Droid Pro (takde kat malaysia) aku beli kat ebay… selesa skit sbb dia ada keypad dan touchscreen. (bentuk pun cam BB)
Kalu Blackberry cadang masukkan android aku rasa ramai yang beli.. Sbb keperluan Keypad amat selesa..
tukar dah nak guna android.
mmm….
1. Program yang purely atas Dalvik agak slow walaupun sangat portable (diatas platform yg menyokong Dalvik of course). Sebab tu byk apps dalam Android (terutamanya yg agak taxing keseluruhan resource) banyak depend pada native languages, dan bukannya Dalvik. Kemudian digabungkan sket ngan framework yg comply dengan Dalvik (e.g: NDK). Dah bila macam tu maka apps pun dah tak berapa portable lagi, so never expect them to run well on the supposely future BBOS or even may not run at all. Even kat atas platform Android sendiri pun results may vary, inikan pula platform berbeza.
2. Dalvik sedang dalam pemerhatian ketat, berkebarangkalian infringing copyright dalam JVM.
Jadi rasa2nya BlackBerry takdenye guna Dalvik. Baik dia takyah amek risiko dan guna trus JVM. Lagipun alang2 dah buat atas Dalvik, senang je (takde la senang sgt) nk buat balik atas JVM tanpa banyak cekih. Tapi kalau dia guna Dalvik gak, tak bermakna kebanyakan apps dalam Android boleh bukak kt BBOS tu.
Kita umpamakan mcm ni la. WebOS tu atas Linux, Android pun atas Linux. Sama tapi tak serupa. (cerita secara rambang nye la)