31Jan

Canalys : Android Melangkaui Symbian

Perisian

Jikalau dulu Symbian adalah sistem operasi yang menjadi pilihan paling ramai pengguna perantian mudah-alih, kini tidak lagi. Android kini diperkatakan telah memintas Symbian, dengan menjadi platform dan sistem operasi pilihan paling ramai pengguna sejak daripada suku tahun ke-4 tahun lepas.

Melalui data yang dikeluarkan Canalys, jualan global untuk telefon Android pada suku tahun ke-empat 2010 adalah sebanyak 33.3 juta, berbanding dengan Symbian yang hanya sebanyak 31 juta perantian sahaja. Ianya diikuti dengan pengeluar yang lain, iaitu Apple ditempat ketiga, dan diikuti oleh RIM (BlackBerry) dan Microsoft.

Sepanjang tahun ini, Android dijangka terus berkembang dengan pesat, dimana beberapa ura-ura mengatakan yang mana Nokia mungkin akan menggunakan Android ataupun Windows Phone. Walaubagaimanapun, Nokia masih mentidakkan perkara itu sehingga kini, selain turut mengutamakan platform Symbian dan MeeGo mereka.


HTC Watch Bakal Diperkenalkan Pada Suku Tahun Ke-4 Di Malaysia
Firefox 4 Dimuat-Turun Lebih Daripada 100 Juta Kali
Antaramuka Pembangunan Awal Ice Cream Sandwich Di Perlihatkan
GroupMe 3.0 Kini Turut Sama Menyokong Pengguna Dari Malaysia
Audacity Bakal Mencapai Angka 2.0 - Versi RC Kini Sedia Untuk Diuji

10 Komen

  1. syahmishaarani pada 31 Jan 2011

    Sumpah saya berbangga gila kerana menjadi seorang pengguna tegar Android.

    *Xperia X10 Mini FTW!

  2. kyo_9 pada 31 Jan 2011

    pergh.. Apple no3 ghupe nyer..

  3. NoktahHitam pada 01 Feb 2011

    Gile ko.. estimate je tu. Mane bole ko warwar mcm itu cite betul. Ko nak jadi mcm Harian Metro ke? Main taruk je.

    Belom lagi. Tunggu April or May, nanti kuar report IDC. Kalau aku dapat copy aku share. Ok?

  4. symbian pada 01 Feb 2011

    symbian rock!!! tidak luput ditelan zaman!!! yeahh!!

  5. Jebat Malaya pada 01 Feb 2011

    “symbian is dead” -mrmaza.my. Dulu aku juga adalah salah seorang pejuang symbian… tapi sejak keluar android, aku dah dah belek setiap peranti yang guna os lain-lain dan tak ada lagi yang boleh memintas android. Memang android os terbaik buat masa sekarang. Memang tak menyesal bertukar kepada android. Aku pun baru je 2 hari beli x10….. performance ok, cuma masalah ringtone slow.. tapi tu bukan masalah daripada android, tapi masalah daripada firmware sony sendiri.. tapi masalah tu mungkin dapat selesai dengan adanya dev android yang semakin banyak… tak macam symbian, aku hanya taw dev dia PNHT je….

  6. Juan pada 01 Feb 2011

    aku pon pengguna android gak, xperia x10, huhu, bangga yeop

  7. amirulez pada 05 Feb 2011

    HTC desire HD is aweeeesome.

  8. Nestle Profiler pada 06 Feb 2011

    Aku cuma pemerhati.. Apa-apapun iphone 4 tetap dihati..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader