14Jan

Domain Dan Pusat Pertukaran Internet ASEAN Bakal Di Perkenalkan

Lain-lain

Setelah Kesatuan Eropah memperkenalkan domain mereka sendiri, iaitu .eu, kini Asean mungkin akan mengikut jejak mereka, dengan memperkenalkan nama domain yang melambangkan Asean menjelang tahun 2015. Ianya masih lagi dalam peringkat perbincangan dan masih tidak diketahui apakah nama akhiran yang akan digunakan kelak.

Selain daripada nama domain, Asean juga dijangka akan memperkenalkan pusat pertukaran internet tersendiri, sekaligus kelak lebih 600 juta pengguna dan perniagaan tidak lagi perlukan sambungan yang jauh, iaitu daripada US atau Eropah sebelum berhubung dengan negara Asean yang lain, seperti sekarang ini.

Perbincangan mengenainya telah pun dimulakan, dan mungkin kita akan dapat lebih mengenainya dalam masa terdekat ini.


P1 : Tiada Perancangan Untuk IPTV
Malaysia Ditangga Ke-105 Dari Segi Infrastruktur Internet Pada Tahun 2010
Belanjawan 2012 Tidak Mesra Sektor Teknologi Dan Perkomputeran
Menangi Buku Steve Jobs Nukilan Walter Isaacson Di Amanz - Tajaan @TeratoTech
BQe Summit 2011 Membolehkan Pelajar Dan Usahawan Mendalami Dunia ICT Dan Keusahawan

5 Komen

  1. Izzat Aziz pada 14 Jan 2011

    dia nk buat apa.. .asean? buruk..haha

  2. azraai pada 14 Jan 2011

    .sea

  3. Omar pada 14 Jan 2011

    pusat pertukaran internet tersendiri, harap location kat negara yg intenetnye betul2 maju..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader