18Jan

Dr Rozmey Memperkenalkan Direktori Carian Lokasi – dRPlaces

Web 2.0

Nampaknya, kini Dr Rozmey benar-benar berminat pada industri ICT. Setelah memperkenalkan Dr Rozmey IT Solutions, dan juga dalam proses memperkenalkan dRbook, hari ini, Dr Rozmey memperkenalkan sebuah laman baru yang dipanggil sebagai dRPlaces, yang mana merupakan direktori mengenai lokasi-lokasi menarik di Malaysia.


Laman Dr Places

Melalui sebuah video yang ringkas, Dr Rozmey memperkenalkan dR Places sebagai sebuah medium dalam talian yang mana menyediakan servis carian berkenaan dengan maklumat tempat-tempat menarik, termasuk penginapan, pelancongan, dan sebagainya. Buat masa ini, ianya ditujukan kepada lokasi disekitar Malaysia, dan mungkin dalam masa hadapan kelak, ianya akan diperluaskan kepada seluruh dunia.

Sekiranya anda merupakan pemilik perniagaan, dRPlaces menawarkan penyenaraian percuma sehingga 31 Mac 2011, manakal para pengguna boleh melakukan carian berkenaan dengan lokasi yang mereka hendaki menggunakan kata kunci dan juga poskod, atau alamat. Memandangkan ianya masih baru lagi, mungkin tidak banyak lokasi yang tersenarai padanya buat masa ini.

Tips daripada @RotiKaya. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun emelkan kepada media(a)amanz.my


Celcom Memperkenalkan Twitter Via SMS
[Video] Cardinal Blue Mempersembahkan Tribute Balloon Di Echelon 2011
Lelong.my Bakal Memperkenalkan Fungsi Permesejan Pantas
Faces Bakal Memperkenalkan Sokongan Dashboard Baru Yang Lebih Kemas
Kotak Komen Facebook Kini Turut Dioptimasikan Untuk Pengguna Mudah-Alih

35 Komen

  1. ejon pada 18 Jan 2011

    aku dah tau dah dia pakai template mana. hahah

    http://templatic.com/demos/geoplaces/

    bleh la pasni aku buat lagi satu bijik serupa dia. haha

  2. Fazreen pada 18 Jan 2011

    DrPlaces menggunakan wordpress dan premium theme daripada templatic.com – GeoPlaces

  3. Jebat Malaya pada 18 Jan 2011

    huhu.. dR memang hebat…

  4. Iskandar pada 18 Jan 2011

    Aku hairan gak camne dia boleh pakai Geoplaces utk satu Malaysia. Sbb aku dah lama study theme ni dan ianya sebenarnya utk satu bandar aje — bukan satu negara. Tapi kalau team dia dapat customize theme ni sampai boleh guna utk satu negara, aku ucapkan tahniah.

    Idea ini sebenarnya jauh lebih baik dari buat laman web sosial. Cuma kita tunggu samada dia berjaya melaksanakan apa yg dia rancang atau tak.

    • matjan pada 19 Jan 2011

      senang je bai. guna google map v3 kasi edit ngan wordpress. filter tu js je.

      • Iskandar pada 19 Jan 2011

        Aku harap betul macam yg hang cakap.

        Sbb aku pernah beli theme2 Templatic nih. Mmg susah nak customize sbb coding dia teruk — dia byk recycle coding dari satu theme ke satu theme.

        Contohnya dlm theme answers akan jumpa coding & nama2 function yg takde kena mengena langsung macam realestate, agen dll. Kat luar sama, tapi kat dlm berserabut.

        In theory, senang. Tapi bila dah beli, dan nak customize sendiri, mmg problematic.

    • Kidino pada 21 Jan 2011

      Ahha … dia kan banyak duit. Selain daripada customize sendiri, dia suruh jea team Templatic customize balik. Tu satu option.

  5. zahir pada 18 Jan 2011

    haha…guna template jer..ingtkan develop dari base..
    apa2 pun kita tgk sejauh mana dia boleh pergi…

    • Fazreen pada 18 Jan 2011

      Trend sekarang byk customize sebab lebih mudah nak buat dari scratch. lagipun WordPress user friendly. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada DrRozmey sebab berani ambil risiko. Orang cakap kalau tak berani ambil risiko kritikan sampai bila pun diri tak akan maju. Gagal atau berjaya itu soal kedua. Yang penting kita tak menunggu dan grab saja peluang yang ada.

      • austenite pada 18 Jan 2011

        Betul..aku sokong…

  6. kong pada 18 Jan 2011

    erm..nak tiru lah..hehe, bagus gak ek template2 ni..tak penat develop

    • Piratz pada 18 Jan 2011

      aku ngan aman baru bajet nak develop.. hehehe… ape lagi kong.. buat ar geotaging site..

    • paeh pada 18 Jan 2011

      buat gengplace.com kong

  7. melayubuntu pada 18 Jan 2011

    janji pecah panggung 40 juta..wakaka

  8. masokis pada 18 Jan 2011

    mcm-mcm … tapi.. goodluck… semoga projek ni boleh bawa manfaat pada semua.

  9. Khai pada 18 Jan 2011

    esok lusa penuh la iklan warna pink.. i loikee…

    p/s: xnak macam aku ada plak template dia pakai ni kan.. hahaha..

    • mosyar pada 19 Jan 2011

      pasni kita semua orang tak boleh guna domain bermula dgn DR. hehehe. ala-ala oh !. sudah di patternkan.

      droh.com

      • Taufik Mansor pada 19 Jan 2011

        sejak bila domain bermula dengan Oh! dipatenkan…. hahaha… lawak nyer…

        ROFL ROFL :D

        • Piratz pada 19 Jan 2011

          ko ape tau.. nak mengutuk ohmedia jerk… hahaha…

          • Taufik Mansor pada 20 Jan 2011

            haha…. dipaten la sangat…. nanti aku beli domain bermula dengan Oh!.. nak tengok apa jadi… gyahahaha

  10. Firdaus pada 19 Jan 2011

    Caya lah dr rozmey

  11. Affuan pada 19 Jan 2011

    “Click The Future”, Pilihan Tepat Anda

    er ;p

  12. titan pada 20 Jan 2011

    dia ni yang aku suka, dia cepat ambil tindakan. takde tunggu bodo ajer.. Dia rasa dia nak wat..dia buat. Lantak la orang nak kata apa..

  13. kelisa pada 20 Jan 2011

    Dr Rozmey atau dR.Rozmey ? Dia ni betul-betul doktor perubatan atau apa ? Mengapa ditulis sebagai dR ?

  14. zam pada 23 Jan 2011

    dialah pencetus revolusi….hehe9

  15. Acul pada 24 Jan 2011

    ada je mende yg di nk buat. jeles lak aku tgk die.

  16. i4green pada 24 Jan 2011

    dr rozmey adalah manusia yang paling optimistik kat malaysia, sampai aku takut nak baca iklan filem 2 alam kat paper(pada aku, dia tahu implikasi ayat2 iklan yang dia gunakan), ayatnya kow-kow-kow poweeer. ada ketika aku nak gelak, ada ketika aku rasa nak nangis, tapi tiap kali aku jumpa iklan dia, aku mesti baca, tak tahu sebab ape, hehehe

    tp aku respek orang macam dr rozmey. tak takut pada kutukan dan kegagalan, sekarang ni sapa tak kenal dr rozmey!, penangan 2 alam, orang asli dlam hutan je tak kenal dr rozmey

    aku harap akan ada ramai lagi orang melayu yang mempunyai JIWA mcam dr rozmey, Jiwa Pejuang. (cuma aku harap biar realistik skit tak over sangat)

    Hidup DR ROZMEY.

  17. Eriyza pada 24 Jan 2011

    Aigoo… dR Rozmey ni nak menandingi Google kaa??
    Seme benda nak rembat. Hehehe!!! :p


Trackbacks/Pingbacks

  1. Do you actually take opportunity? – Two lessons I learn from Dr Rozmey — Fazreen

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader