27Jan

Dua Telefon Facebook Akan Diperlihatkan Bulan Hadapan

Gajet

Pada tahun lepas, kita terdengar ura-ura berkenaan telefon pintar Facebook. Kini, dengan pengumuman Facebook mengatakan yang akan memfokuskan kepada arena mudah-alih, timbul beberapa laporan mengatakan yang mana 2 telefon pintar Facebook akan diperlihatkan pada bulan hadapan.

Kedua-dua telefon ini dibangunkan oleh HTC, dan ianya diperkatakan yang mana ianya akan menggunakan penjenamaan dan warna rasmi Facebook. Ianya juga akan menggunakan Android yang telah diubah-suai serba sebanyak.

Telefon pintar keluaran HTC itu kelak akan mengintegrasikan Facebook secara maksimum, yang akan memudahkan anda membuat panggilan dan mesej rakan Facebook anda dengan lebih mudah. Selain daripada itu, telefon tersebut akan memaparkan News Feed pada skrin utama, selain turut mengintegrasikan pelbagai fungsi Facebook yang lain.

Telefon Facebook ini dijangka akan diperlihatkan pada acara Mobile World Congress di Barcelona pada bulan hadapan.


Nexus One Membawakan Android 2.1
Facebook Membeli Hak Cipta Milik Friendster Dari MOL
LG Bakal Memperlihatkan Optimus 2X Dan Optimus Black Esok Di Malaysia
Facebook Menguji Rekabentuk Dengan Bahagian Atas Bersifat Kekal
Enjin Carian Terbesar Di China - Baidu Mengumumkan Kerjasama Bersama Dell

7 Komen

  1. Roslan pada 27 Jan 2011

    serba sebanyak? ke serba serbi? aman geek tak suke gosip lol =p

  2. Jebat Malaya pada 27 Jan 2011

    wow.. pakai android yang best tu…

    • Affan pada 27 Jan 2011

      suka ko pasal android. hehe

  3. Anzur Anuar pada 27 Jan 2011

    pergh! terbaik..

  4. xflixz pada 27 Jan 2011

    perghhh..terbaek laaa..mmg world of facebook la camnieee…

  5. Ali ridha pada 27 Jan 2011

    sumber terbuka la ni.

  6. ncaw pada 04 Feb 2012

    good news


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader