30Jan

Emel #NajibCNY Telah Dikumpulkan Dari Pelbagai Pangkalan Data

Web 2.0

Sepanjang semalam, salah satu persoalan utama yang menjadi pertanyaan di kebanyakkan laman sosial adalah berkenaan dengan emel Tahun Baru Cina daripada @NajibRazak, yang mana semuanya bertanya bagaimana alamat emel mereka didapati. Kini, ianya diketahui yang mana emel tersebut telah dikumpulkan daripada beberapa pangkalan data termasuk daripada web Media Prima.

Ianya tidak pasti, daripada berapa web yang alamat emel rakyat Malaysia telah dikumpulkan, namun ianya diperkatakan adalah bertujuan untuk mendekatkan rakyat dengan pemimpin.

Namun begitu, ianya diperkatakan yang mana rakyat boleh menghantarkan sebarang komen dan cadangan terus kepada najib@1malaysia.com.my dan berhubung dengan pemimpin melaluinya. Nampaknya, teknologi mungkin mengubah serba sebanyak cara rakyat dan pemimpin berhubung, dimana sebelum ini, Najib Razak telah menggunakan Twitter untuk menjawab beberapa soalan daripada rakyat melalui beberapa video khas.

Kemaskini : Perkara ini berlaku hanya setelah sehari hari Data Privacy.


@CteaFairuz. Congrats! Its from our media prima database and others. He just want to reach out to as many (cont) http://tl.gd/8fam7fless than a minute ago via ÜberTwitter


CSS Malaya Kini Menggunakan Google Groups
KreativeThemes Bakal Merevolusikan Blog Anda
Twitter Mempekenalkan Pemendek URL - twt.tl
Laman 1Malaysia.com Digodam
Mol Global Bakal Menjana Lebih RM1.5 Billion Hasil IPO Facebook Pada Tahun Ini

30 Komen

  1. asx pada 30 Jan 2011

    oh, i wonder.

  2. matjan pada 30 Jan 2011

    ape l****u media prima jual email orang.

  3. Loq pada 30 Jan 2011

    This is spam

  4. Azah pada 30 Jan 2011

    najib spam! hoho…

    • mosyar pada 30 Jan 2011

      tu lah, first sekali aku buka email tngok nama najib razak. terpikir aku najibrazak mana…hehehe

      aku ingat set2 spam gak.

  5. mrkay pada 30 Jan 2011

    Wah Datuk Farid takde segan silu mengaku dia tolong spammer. Hello datuk2 sekalian, niat tak menghalalkan cara. Aih.

  6. Omar pada 30 Jan 2011

    mediaprima… em, Mynic ader sekali x? sebab Mynic lagi banyak data..

    • Syafiq pada 01 Feb 2011

      rasanya Mynic ada join sekali kot.. terasa mcm ya :)

  7. Omar pada 30 Jan 2011

    Lepas ni, Dasar Privasi yang dinyatakan oleh kebanyakan syarikat dan tak boleh dipercayai lagi.

  8. EiNS pada 30 Jan 2011

    Privacy kita telah dijual…syabas jibby, farid ridzuan dll…you owned the Internet user in malaysia

  9. Ali ridha pada 30 Jan 2011

    Selamat tahun baru cina dari Najib Razak.
    semalam aku ada dapat la.buat tak tahu je.
    siap buat entri kat blog aku.
    saha suka-hati buat entri.

  10. Iskandar pada 30 Jan 2011

    Aku rasa seain Media Prima, byk lagi web2 Malaysia yg jual email address kat org lain. Mana tak nya, aku selalu dpt email keraskan, panjangkan “pisang”, buat duit kat internet dengan kerja 5 jam sebulan etc.

    Macam org lain, aku mmg sakit hati dgn spam. Apa lagi kalau PM aku yg hantar spam.

    Apa ni En. Najib ?

  11. Taufik Mansor pada 30 Jan 2011

    saya pun menerima emel dari dato seri najib gak :D

  12. Iwani Khalid @ Kureno pada 30 Jan 2011

    Privacy Policy and “I Agree” no longer serve any purpose…..

  13. Najib pada 30 Jan 2011

    Apa Khabar rakyat hamba?

  14. novatech pada 30 Jan 2011

    walaupun niatnya baik, agak-agak legal tak aktiviti macam ni?
    aku harap benda macam ni jangan di buat selalu la.
    karang ada kes org kena scam sbb dapat phising mail dari PM :)

  15. melayubuntu pada 30 Jan 2011

    bila orang atas wat keje camni. orang bawah?

  16. reezluv pada 30 Jan 2011

    Integriti la tu kot namanya..Rules are made to be broken..ngeh3..

  17. Wan Perlis pada 31 Jan 2011

    spam ke apa ni?

  18. Ezany-Kun pada 31 Jan 2011

    tak dapat pulak.. wpun emel yg salu guna ade 3..

  19. Nasrul Hanis pada 31 Jan 2011

    walau apa pun niatnya.. spam tetap spam. malulah weh.

  20. od3n pada 01 Feb 2011

    nie dapat sms dr digi pulak. wish dr najib jgak.

  21. fendidahada pada 01 Feb 2011

    tak terkejut sangat..sbb byk organization ada email kita…telco, internet provider, universiti..macam2 sumber dia leh dapat..jangan terkejut nanti dapat sms selamat tahun baru lak…kot2 najib dah kaya sangat nak antar sms lak…keke

    • MuJE pada 04 Feb 2011

      baru semalam sampai SMS from Celcom wish CNY and yes, atas arahan Bang Najib jugak. SPAM!

  22. Syafiq pada 01 Feb 2011

    Secara jujurnya saya kurang senang dengan cara ini. Ini boleh dianggap spam. Atau jika tidak spam pun, user yg menerima email akan tertekan. Cara ini saya langsung tidak setuju… Saya juga menerima email tersebut..

    Privacy & ketenteraman awam di ceroboh..

  23. eheh pada 01 Feb 2011

    ini mesti kerja si rosmah

  24. syafiq.net pada 02 Feb 2011

    boleh tak aku tak mahu disenaraikan sebagai penerima spam selepas ini? bagi aku laman sosial macam FB, twitter, blog dan cukup la tak perlu nak spam email :)

  25. Nestle Profiler pada 06 Feb 2011

    Mgkin kita boleh “Mark As Spam” email dari mereka untuk masa akan datang..


Trackbacks/Pingbacks

  1. Menceroboh & Diceroboh… | myFirdaus
  2. My two cents on the #NajibCNY issue and how they got your email | Zestful One

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader