01Jan

Facebook dan Statistik Sepanjang 2010

Web 2.0

Sepanjang tahun 2010, Facebook telah menjadi suatu fenomena yang amat hebat sekali, dimana kini Facebook yang merupakan laman paling popular di Malaysia, telah pun menjadi laman ketiga terpopular didunia, meninggalkan Yahoo! dibelakangnya. Selain daripada statistik memperkatakan lebih 550 juta pengguna kini menggunakan Facebook, Democracy UK turut mengeluarkan statistik lain yang amat menarik sekali.

Jikalau dilihat dari segi status perhubungan di Facebook, sepanjang tahun 2010;

  • Seramai 43,869,800 menukarkan status kepada “Single”
  • Sereamai 3,025,791 menukarkan status kepada “It’s Complicated”
  • Serama 28,460,516 menukarkan status kepada “In A Relationship”
  • Seramai 5,974,574 menukarkan status kepada “Engaged”
  • Seramai 36,774,801 menukarkan status kepada “Married”

Selain daripada itu, aktiviti pada Facebook kian meningkat aktif, dimana setiap 20 minit pada Facebook, sebanyak:

  • 1,000,000 pautan dikongsikan.
  • 1,323,000 gambar di tag.
  • 1,484,000 jemputan acara di hantar.
  • 1,851,000 kemaskini status berlaku.
  • 1,587,000 wall post berlaku.
  • 1,972,000 permintaan rakan diterima.
  • 2,716,000 keping gambar dimuat-naik.
  • 10,208,000 komen berlaku.
  • 4,632,000 mesej dihantar.

Seperti yang dapat dilihat, sememangnya Facebook telah mengubah cara kita berkomunikasi, dan mungkin kita akan dapat melihat Facebook terus berkembang pada tahun ini, selain akan menerima beberapa saingan, termasuk daripada Google sendiri. Sama-sama kita nantikannya.


CSS Malaya Kini Menggunakan Google Groups
Muat-Turun Pada Gumuu Kini Lebih Mudah
Groupon Menolak Tawaran Google?
Amazon Akan Melancarkan AppStore Untuk Android
PitchIN Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru Pada Bulan Jun

9 Komen

  1. Jebat Malaya pada 01 Jan 2011

    yang boleh dikatakan ialah, facabook memang mengubah cara kita melayari internet dengan berjam-jam melawat lamannya…

  2. nazihahisa pada 01 Jan 2011

    ramai jd single dr in relationship lol

  3. matjan pada 01 Jan 2011

    facebook menjana pendapatan saya setiap kali saya login. saya seronok dapat seratus sehari. semua ini adalah betul.

    anda pula bagaimana?

    • Taufik Mansor pada 01 Jan 2011

      sejauh mana kah halal nye pendapatan log in dapat RM100 tu…. tu pun kena pikir kan jugak…

      duit halal menjamin keberkatan, duit haram? lu pikirlah sendiri.

      katakan tak nak kepada Infinity Downline & Login Facebook Dapat RM100 … :D

      • matjan pada 01 Jan 2011

        nanti aku email ko. kita bincang kat kopitiam mana mana. baru power. ajak member ko sekali

        • Taufik Mansor pada 01 Jan 2011

          x perlu… aku x minat ngan bisnes Infinity Downline & Login Facebook .

          ada unsur keraguan dari sudut kehalalan bisnes itu…. biar miskin harta asal harta itu halal. itulah sikap org melayu, nak kaya cepat. usaha sikit je. insaflah. End of the story.

        • matjan pada 02 Jan 2011

          pebarang downline bro. buat app facebook ar baru power.

  4. Mohd Isa pada 02 Jan 2011

    pergh…biar betul…dalam 20 min…smpi sejuta link dikongsikan…agaknya…boleh tak aku dapat sejuta member? erk, bape limit member yerk?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader