Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Kebanyakkan laman sosial tempatan tidak memfokuskan kepada suatu perkara atau kumpulan khusus, dan menjadikannya tidak begitu menarik untuk disertai. Namunn begitu, ianya berbeza dengan FaceFood, yang mana lebih ditujukan kepada penggemar makanan, dan menjadi salah satu laman sosial yang membolehkan para pengguna tempatan berkongsi makanan dan tempat makanan yang menarik diseluruh Malaysia dengan mudah.

Antaramuka Laman FaceFood
Menariknya, proses pendaftarannya juga mudah, memandangkan ianya diintegrasikan sepenuhnya dengan Facebook Connect, membolehkan para pengguna dengan akaun Facebook menggunakan perkhidmatan mereka tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang lama.
Melalui laman tersebut, makanan dikategorikan mengikut jenis dengan mudah, memudahkan para pengguna mengetahui mengenai sesuatu makanan dan pandangan pengguna dengan mudah. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan info tambahan, termasuk restoran berdekatan dan sebagainya secara terus melalui laman tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, seramai lebih 58 orang pengguna telah mendaftarkan diri pada laman tersebut. Mungkin lebih ramai lagi akan menyertai laman FaceFood sekiranya ianya menggunakan antaramuka laman yang lebih menarik daripada sekarang ini. Berkemungkinan besar, ianya masih lagi pada peringkat percubaan buat masa ini, dan mungkin akan mengalami perubahan tidak lama lagi.
16 Komen
Tinggalkan Komen Anda
yay mari sapot laman sosial copy pasta! *lol*
Registered. Harap interface lagi cun lepas ni
perghh ni sape yang buat?? maria t sabri?
salam..
waaaaaaaaaaaa!! aku sebagai pencinta makan…SANGAT TERUJAAA!! JAAA! JAAAA!
jalan-jalan cari pasal ni :p
interface cam serabut. kena perbaiki
apa ni? http://bit.ly/hL84tv macam tak relevan jerr..
Takda kena mengena lansung. Admin kena ambil perhatian tu
hmm..boleh ker pakai perkataan “FACE” kat depan tue?
since kat Malaysia, takde masalah.
wah dah ada review pasal facefood. Betul tu saudara Aman selagi di malaysia
perkataan ‘face’ boleh aja digunakan.
konsep dah best. bley pergi jauh ni. tp interface kena attractive dan biar smonya relevan dgn mknn je. especially bab iklan, just my 2 cents
jangan laman ni disalahgunakan dengan benda2 yang lansung tiada kaitan dengan makan2 sudah..
menarik2 inilah yang di cari…
wah, cambest je~tp yup kene lebih menarik lagi interface?
Huh… aku suka…