06Jan

Flickr Memperlihatkan Aplikasi Untuk Windows Phone 7 dan Windows 7

Yahoo!

Dengan Windows Phone 7 yang makin meningkat popularitinya, kini Flickr telah memuat-naik sebuah video khas yang mana memperlihatkan aplikasi Flickr untuk Windows Phone 7 dan juga Windows 7 yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi, yang mana membawakan pelbagai fungsi menarik dalam bentuk Metro pada Windows Phone 7.

Melalui aplikasi Flickr untuk Windows Phone 7 dan Windows 7, ianya kelak akan membolehkan para pengguna untuk melihat gambar, disamping memuat-naik gambar dan berkongsi dengan yang lain dalam suatu antaramuka yang amat menarik sekali.

Menariknya, Flickr juga telah gerak selangkah kehadapan, dimana sekiranya anda mempunyai perantian Windows Phone 7 dan juga Windows 7, anda boleh serasikan kedua-dua perantian dengan mudah melalui fungsi sync. Menariknya, mungkin selepas ini, kita akan dapat melihat beberapa aplikasi Windows 7 turut dibangunkan oleh para pembangun.

Buat masa ini, masih lagi tidak diketahui bila manakah aplikasi Flickr ini akan dilepaskan, dan semestinya ianya dinanti-nantikan oleh para pengguna Windows Phone 7, yang akan memudahkan mereka berkongsi gambar yang dirakamkan dengan lebih mudah lagi.


BOSS Akan Terus Hidup Selepas Kerjasama Microsoft
Windows 7 SP1 Pada Suku Tahun Ketiga
Yahoo! Dalam Perancangan Untuk Membeli FourSquare
Windows 7 SP1 Pada Suku Tahun Pertama 2011
Skype Untuk Windows Phone Bakal Diperkenalkan

1 Komen

  1. Finalcross pada 06 Jan 2011

    Flickr is getting better & better. Luv the Metro style!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader