06Jan

Flock Di Ambil-Alih Oleh Zynga

Lain-lain, Perisian, Web 2.0

Setelah hampir enam tahun, kini pembangun pelayar web yang pertama sekali mengintegrasikan fungsi sosial, Flock, telah pun diambil-alih oleh pembangun permainan sosial disebalik Farmville dan Cityville, iaitu Zynga. Walaubagaimanapun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan.

Flock sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2005, yang mana dimulakan dengan enjin Mozilla sebagai teras pelayar webnya, sebelum baru-baru ini beralih kepada enjin Chromium sebagai teras pembangunan mereka. Walaupun penggunaan Flock tidak begitu popular dikalangan pengguna, Flock yang mempunyai lebih 10 juta pengguna itu merupakan antara 10 aplikasi desktop Facebook yang paling popular.

Walaubagaimanapun, perancangan Zynga untuk Flock masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Zynga yang kini mempunyai lebih 250 juta pengguna aktif masih lagi belum mengumumkan apa yang akan dilakukan dengan Flock, selain mana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam membawakan pelbagai permainan sosial ke sebarang platform dengan mudah.


WordPress 2.7 Bakal Menemui Pengguna Esok
Tab Pada Versi Pembangunan Firefox Mula Berubah
Anugerah ICT NEF-Awani 2010 Menyaksikan Lebih 15 Syarikat Tempatan Bersaing
TweetDeck Bakal Memperkenalkan Aplikasi Berasaskan Web
Twitter Membuka API Twitter Photos Kepada Para Pembangun

3 Komen

  1. Azam pada 06 Jan 2011

    sure ke 2500 juta? atau 25 juta?

    • aMaNz pada 06 Jan 2011

      250 juta. dah update. thanks~

  2. syafiq.net pada 07 Jan 2011

    flock + zynga = zynga-optimized-browser


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader