27Jan

FongFeiKei Akan Memudahkan Jualan Tiket Pada Saat Akhir

Web 2.0

Kadangkala, kita terbeli tiket untuk sesuatu acara, dan pada saat akhir, dapati yang mana kita tak dapat hadirkan diri untuknya. Dan untuk mencari ganti, kita akan mula mengiklankannya dan Tweet mengenainya. Kini, anda tidak perlu risau lagi, kerana untuk menyelesaikan masalah ini, FongFeiKei bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Pembangunnya, Eu Veng telah mempersembahkan idea beliau pada WebCamp Kuala Lumpur semalam, dimana FongFeiKei akan dibuka kepada ujian beta tidak lama lagi. Melalui FongFeiKei, ianya bakal menjadi suatu platform yang menghubungkan sesiapa yang ingin menjual tiket atau sebagainya pada saat akhir kepada para pengguna yang ingin mendapatkannya.

Menariknya, perkhidmatan ini akan disediakan secara percuma kepada kedua-dua pihak. Melalui FongFeiKei, pengguna yang ingin menjual tiket atau apa-apa yang tidak dapat digunakan pada saat akhir, manakala para pengguna lain yang telah membuat senarai yang diingini (wishlist) akan dihubungkan secara terus dengan automatik.

Dengan adanya FongFeiKei kelak, para pengguna tidak lagi perlu bersusah-payah untuk mencari pembeli pada saat akhir, dan boleh menjualnya dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, pembangunnya sedang dalam fasa terakhir pembangunan, dan yang ingin mengujinya terlebih dahulu, boleh mendaftarkan alamat emel di laman rasmi mereka. Beta terbuka dijangka akan dibuka kepada umum pada penghujung bulan Februari kelak.

Gambar dirakamkan oleh ShamHardy


Pembangunan WordPress 2.8 Sudah Di Mulakan
myE-Buzz Melancarkan Halaman Central
Dr Rozmey Memperkenalkan Direktori Carian Lokasi - dRPlaces
Adakah 1Malaysia.com Masih Hidup Ataupun Sebaliknya?
Nuffnang Mengumumkan Nuffnang Awards 2011 - Pencalonan Kini Dibuka

7 Komen

  1. Rotikaya pada 27 Jan 2011

    baru tau FFK tu stand for Fong Fei Kei ;) tp apa maksud eh?

    #teamnora

    • Aman pada 27 Jan 2011

      maksudnya lebih kurang seperti “tak dapat datang last minit”. lebih kurang gitu ar kot maksud dia.

      • arrazi pada 29 Jan 2011

        tu bahasa cina kan..hebat la ko paham bahasa cina..hehe

  2. zahir pada 27 Jan 2011

    Nama org kot…Ada ONG maybe

    • matjan pada 27 Jan 2011

      bukan. janji melayu maksud dia. kata mau datang. tiba tiba cancel.

      • arrazi pada 29 Jan 2011

        bukan melayu je yg janji mcm tu..semua bangsa pun mcm tu..jgnlah ckp benda x baik pada bangsa sendiri..kita doakan yg baik ok..:)

  3. FongFeiKei pada 18 Apr 2011

    Thanks for the awesome writeup. We hope to be able to bring value to the consumer market! ;-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader