Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu fungsi utama Google adalah enjin cariannya, dimana ianya merupakan enjin carian terkemuka dan paling popular buat masa ini. Untuk mengelakkan para penggunanya tertipu, disamping mengekalkan kualiti hasil carian yang dipaparkan, Google sepanjang tahun ini akan memerangi kandungan berbentuk webspam, yang mana menggunakan kata kunci berbeza untuk menarik para pengguna enjin cariannya untuk melawati laman web mereka.
Google menerangkan webspam sebagai sampah yang para pengguna akan lihat pada hasil carian, dimana sesetengah laman web itu menipu untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi pada hasil carian, serta pada masa yang sama mengurangkan kualiti enjin carian mereka. Ianya juga diperkatakan, yang mana amaun kandungan webspam adalah masih sedikit, namun caranya adalah baru dan berubah-ubah.
Sebelum ini, beberapa perkara baru diperkenalkan pada enjin carian Google, iaitu Google Instant, dan juga kebolehan untuk melihat sesuatu laman web tanpa perlu memasukinya terlebih dahulu. Google juga sentiasa berusaha keras dalam membawakan carian yang lebih relevan kepada para penggunannya.
Pada masa yang sama, ianya juga dapat dilihat yang mana segelintir pengguna kini mula menggunakan Bing sebagai enjin carian utama mereka, memandangkan tahap kandungan spam padanya masih diperingkat yang amat-amat rendah buat masa ini.
12 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
sememangnya ramai yg menggunakan keywords HOT utk menarik trafik tapi bila kita pergi hampas entah apa-apa je isinya.
ya aku setuju dengan kaedah ni!
betul tu .. setuju sangat google buat filtering nie .. =)
SEMEMANGNYA WEBSPAM NI MEMANG SHIT…..
salah satu web shit ni adalah jombangan.com,http://www.freshwap.net/….
lain dicari benda ni SHIT…MENCELAH
Apa masalahnya dgn site2 tu? Okay jerr aku tengok.
benda ni sengaja guna SPAM…….supaya web dia ada traffic…
kalau awak boleh tengok,kat atas tu je ada keyword kita cari,di bawahnya benda tak
kat web dia…kalau orang yang tak kenal benda tu….dia akan rugi 23 minit….memang SHIT
Tgh leech ebook drp Freshwap…huhuhu.
bagi memberi katakunci yang bagus.
sebab tu Google tolak kandungan
berbentuk webspam.
patut la google tak suka
webspam ni.hanya tahu
main katakunci je.maklumat
punya la kosong.
pengguna seperti kami ni la
yang sering tertipu.
ia juga dipanggil SPLOG aka SPAM BLOG!
Alamak. Tak ada butang LIKE pulak.