12Jan

Google Ingin Gantikan H.264 Dengan WebM Di Chrome

Google

Dengan kejayaan pelayar web Google yang kian meningkat, kini Google akan tidak lagi membawakan sokongan video H.264 pada pelayar web mereka, sebaliknya mengantikannya dengan salah satu projek yang disokong oleh Google sendiri, iaitu WebM, yang mana membawakan sokongan video standard.

Seperti sedia maklum, H.264 merupakan salah satu standard yang mana digunakan secara meluas (antaranya di YouTube), dan menyokong pelbagai format video. Namun begitu, setiap penggunaannya memerlukan royalti dibayar kepada MPEG LA, pemilik asal H.264.

Walaupun ianya merupakan sesuatu perkara yang baik, namun beberapa masalah yang dikaitkan dengannya adalah termasuk dimana kini para pembangun perlu menyediakan laman web mereka untuk menyokong WebM. Walaubagaimanapun, memandangkan Google hanya mengatakan mereka akan mengantikannya dalam beberapa bulan akan datang, ianya mungkin bukanlah suatu masalah yang besar, dan memberikan para pembangun sedikit masa untuk menyokong WebM mengantikan H.264.


Picasa Untuk Mac Di Perkenalkan
Lihat Inbox GMail Anda Ketika Sedang Loading
Google, Yahoo! Dan Microsoft Dalam Perbincangan Memiliki Hulu?
Sokongan Pengesahan Dwi-Faktor Google Kini Menyokong Malaysia
Sebutan Audio Diperlihatkan Pada Halaman Carian Google

2 Komen

  1. Mohd Shahrul Hafizi pada 13 Jan 2011

    Perubahan yg baik. Walaupun saya pengguna setia Mozilla Firefox tetapi bagi enjin pencarian, saya tetap suka dengan Google. Yahoo dah lama tak guna. YM pun dah tak main. Tetapi disebabkan Google Chrome asyik broken je, jadi saya guna Mozilla. Kalau Google Chrome mantap memang jadi kipas susah mati Google la. Hehehe.

  2. Zul's Stuff pada 14 Jan 2011

    sma la..chrome gna kejap mesti broken..tension gak la..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader