03Jan

Groupsmore.com.my Membawa Pengunjung Ke Laman Baloi

Web 2.0

Dulu, ketika tahun 2008, permainan membeli domain bernama serupa dan membuatnya menuju ke laman pihak lain agak popular dikalangan pemilik syarikat pengiklanan, dan kini perkara itu turut berulang dikalangan pemilik laman-laman tawaran dan diskaun yang kini kian meningkat naik.

Perkara ini tidak melibatkan semua pihak, namun ianya dilihat yang mana Baloi.com.my ingin menumpang populariti pihak Groupsmore daripada YouthAsia. Baloi.com.my dilihat mana telah membeli nama domain Groupsmore.com.my dan seterusnya membuat nama domain tersebut menuju ke laman mereka. Untuk makluman, nama domain Baloi.com.my dan Groupsmore.com.my didaftar menggunakan nama syarikat yang berbeza, namun menggunakan alamat yang sama.

Permainan nama domain ini bukanlah asing, dimana sebelum ini, pelbagai kes yang serupa berlaku, dan untuk selamat, banyak syarikat internet yang membeli lebih daripada satu nama domain, untuk mengelakkannya disalahgunakan oleh pihak lain. Namun, sekiranya dilihat daripada sudut perspektif yang berbeza, ianya merupakan salah satu cara untuk menjana trafik dengan mudah melalui penggunaan nama domain yang serupa dengan pesaing.


Joomla Menjana Lebih 2.7% Daripada 1 Juta Laman Terkemuka Dunia
Facebook Kini Menyokong Kemaskini Status Sehingga 5,000 Aksara
ShoutMix Memasuki Versi Ketiga - Turut Menyertakan Sokongan Bahasa Malaysia Dan Indonesia
Senarai Topik Terhangat Sepanjang Tahun 2011 Di Twitter Dikeluarkan
Facebook Kini Membolehkan Para Pengguna Menyembunyikan Ruangan Ticker

7 Komen

  1. paeh pada 03 Jan 2011

    ekekekekekeeee….

  2. Affan pada 03 Jan 2011

    aku ingat nak beli amanz.net, tapi ko dah beli. ekekkee.

    antara blog lain termasuk denaihati dah ada .net dan .biz

  3. kaizendeen pada 03 Jan 2011

    Patutlah facebook dia nak hakmilik face dalam domain dia..

  4. Taufik Mansor pada 03 Jan 2011

    domain ni macam awek…. huhu…. siapa cepat die dapat… gyahahahaha :D

  5. Izzat Aziz pada 03 Jan 2011

    groupsmore tak hakmilikan ke nama dia? macam wordpress.. orang nak buat wordpressthemes.com pun tak leh.

  6. mrkay pada 03 Jan 2011

    Kalau groupsmore ada trademark registration, aku rasa dia boleh claim domain tu balik.

  7. kaizendeen pada 11 Jan 2011

    Ada apa je pada nama tu..yg penting siapa yg bagi diskaun paling banyak..hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader