Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perisian yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini adalah kemaskini versi baru untuk pelayar web paling popular, iaitu Internet Explorer 9. Sebelum ini, Microsoft telah pun melancarkan versi pembangunannya untuk pengguna mencuba terlebih dahulu, dan menariknya, kini diperkatakan IE9 Beta telah dimuat-turun lebih 20 juta kali.

Antaramuka Internet Explorer 9 Beta
Microsoft telah melancarkan Internet Explorer 9 Beta pada bulan September 2010 yang lepas, yang mana seterusnya telah menjadi perbualan hangat dengan pelbagai fungsi-fungsi menarik yang terkini, selain membawakan sokongan standard web semasa. Selain daripada lebih 20 juta muat-turun, IE9 Beta juga kini digunakan oleh 0.46% pelayar web seluruh dunia, suatu pencapaian yang amat menarik sekali untuk pelayar web yang masih diperingkat beta.
Internet Explorer 9 direkabentuk dengan fokus utama pada standard web dan juga HTML5, selain integrasi penuh bersama Windows 7. Ianya sedia dimuat-turun untuk para pengguna Windows secara percuma, dan mengujinya sebelum versi akhir dilepaskan tidak lama lagi.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
den dah guna dah, smart, ala2 mcm chrome
stakat ni IE9 bagi aku mantap gak aa, sebab ringan dan takder dah toolbar yang ngarut2.
aku merancang nk download la…. nak try gak kehebatan ie 9 beta ni
aku tak suka guna beta2 ni…tgu full dlu yerk…hehe
wow…nampak menarik….boleh try download ni…^_^
Internet Explorer dalam PC aku ni dijadikan platfrom untuk virus membiak. Asal aku check task manager je, IE dicatat sedang digunakan…
apa2 pun, yang baru ni nampak lebih kemas. tapi tak tergerak hati nak cuba, Google Chrome dan Firefox dah memadai..