08Jan

iPad 2 Akan Di Lancarkan Pada 1 Februari?

Apple, Gajet

Setelah sekian lama dinantikan, kini Kevin Rose, pembangun disebalik laman popular Digg kini meramalkan yang mana iPad 2 akan diperlihatkan oleh Apple dalam tempoh kuran 4 minggu daripada sekarang. Malah, lebih menarik lagi, beliau mengatakan berkemungkinan besar Apple akan melancarkan iPad 2 pada 1 Februari 2011 ini.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, apakah fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan iPad 2 kelak. Buat masa ini, antara yang diperkatakan adalah dimana iPad 2 akan membawakan skrin dengan DPI yang lebih tinggi, selain turut sama membawakan kamera hadapan dan belakang.

Sebelum ini, Kevin Rose pernah membuat ramalan beberapa perkara, dimana ianya pernah benar-benar terjadi, dan ada juga yang tidak. Namun begitu, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan mengenai perkara ini, memandangkan Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga buat masa ini.


Apple Bakal Mengemaskini Keluarga Mac Pro dan Mac Mini?
Sony Xperia Ray Di Malaysia Pada Bulan September Ini
Adobe Melancarkan Aplikasi Rasmi PDF Untuk Pengguna iOS
Galaxy Tab 8.9 Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1699
Peranti Tizen Daripada Samsung Dan HTC Pada Tahun Ini

8 Komen

  1. Ali ridha pada 08 Jan 2011

    ipad 2 bakal jadi permainan aku
    tahun 2011 ni.haha…

    Ps : nanti aku poskan
    cerita diblog amanz.heee~

  2. zahari pada 08 Jan 2011

    1 feb terlalu awal kalau nak bandingkan dengan pelancaran ipad 1 dalam bulan april tahun lepas. boleh jadi satu kejutan, atau mungkin intro dalam bulan februari, mula jual bulan april.

    boleh nampak trend pengenalan produk atau version produk baru apple terutamanya untuk iDevices:
    - iPhone, Jun/July
    - iPod, September
    - iPad, April

  3. aizuddin pada 08 Jan 2011

    tak sabar nak tengok pembaharuan kat ipad 2 ni..

  4. syahrilhafiz pada 08 Jan 2011

    fuh ipad yg 1st aku ta mampu ankat lagi
    ni masuk 2nd pulak
    mantap oo

  5. Mohd Isa pada 09 Jan 2011

    hoho, iPad 1st pun tak mampu nak miliki lg…nak kuar iPad 2 plak…damn…

  6. msbmna pada 10 Jan 2011

    Baru cadang nak beli iPad, terus keluar berita nak keluar iPad2.

    Khabarnya keluar 14 Feb ni. Mungkin sesuai untuk diberi hadiah kepada kekasih jenis ‘geek’ kot. Hehehe…

    Kalau ada kamera, port usb memang aku terus beli…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader