15Jan

iPad 2 Bakal Menggunakan Cipset Qualcomm Dan Membawakan Slot Kad SD?

Apple, Gajet

Dengan semakin hampirnya Apple untuk memperkenalkan iPad generasi kedua mereka, sedikit demi sedikit maklumat dan ura-ura berkaitan dengannya mula kedengaran. Ianya kini diperkatakan yang mana iPad 2 kelak akan mengguna-pakai cipset Qualcomm sama seperti pada iPhone 4 Verizon, selain mana turut membawakan sebuah slot kad SD.

Ianya diura-urakan yang mana iPad 2 kelak akan mengguna-pakai cipset Qualcomm CDMA/GSM, sekaligus membolehkan perantian mereka digunakan pada kedua-dua rangkaian, Verizon dan juga AT&T, dua rangkaian mudah-alih popular di Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, iPad 2 juga diperkatakan akan membawakan skrin seluas 10-inch sama seperti sebelumnya, selain membawakan sokongan resolusi tinggi, lebih kurang seperti Retina Display pada iPhone, namun dengan kepadatan pixel yang berbeza. iPad 2 juga diperkatakan akan membawakan dua kamera, iaitu dihadapan dan juga dibelakang.

Buat masa ini, segalanya masih tiada sebarang pengesahan daripada pihak Apple secara rasmi. iPad 2 diura-urakan akan dilancarkan dan mula dijual mulai bulan April ini.

Via : Mashable


iPhone 4G Akan Muncul Pertengahan Tahun Ini
Samsung Galaxy Tab Akan Mula Di Jual Tidak Lama Lagi
Apple Menghampiri Versi Golden Master Untuk Mac OS X Lion?
Apple Bakal Melancarkan Muzik Berasaskan Awan Sebelum Google Music
Apple Bakal Membawakan Sokongan Thunderbolt Pada Peranti iOS?

3 Komen

  1. ejon pada 15 Jan 2011

    kalo pakai cipset qualcomm. bleh la nnt dual boot dgn tablet android

    • Beburung pada 17 Jan 2011

      Errr…kebarangkaliannya dia punya baseband chip je, bukannya dia punya SoC. Lagipun Apple kan dah ada PA Semi dan Intrinsity utk wt dia punya cip (kecuali baseband chip), dan untuk SoC yg digunapakai iPhone (cip Samsung dan Intrinsity) ianya lebih superior berbanding apa yg Qualcomm ada (pada masa iPhone dilancarkan setiap tahun) secara perbandingannya setakat ni.

      Mmm…actually iPhone pun dah boleh boot Android.

  2. arrazi pada 15 Jan 2011

    wah kalau nak buat dual boot..mantap tu..hehe.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader