20Jan

iPhone 4 Putih Seawal 27 Februari?

Apple

Setelah lama senyap tanpa kemaskini berita berkenaan dengan iPhone 4 berwarna putih, kini ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan besar ianya akan dilancarkan oleh Apple seawal 27 Februari ini. Namun begitu, ianya masih belum disahkan sepenuhnya, dan masih pada peringkat ura-ura lagi.


Gambar Sekadar Hiasan

Perkara ini mula diperkatakan apabila pangkalan data di Best Buy dikemaskini dengan informasi berkenaan dengan produk iPhone 4 berwarna putih 16GB dan juga 32GB. Ianya juga diperkatakan yang mana angka SKU yang dipaparkan padanya, sama dengan angka SKU yang digunakan ketika pra-daftar sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak dapat disahkan sepenuhnya, dan berkemungkinan besar, Best Buy hanya sekadar menguji sistem mereka sahaja. Ianya juga diperkatakan yang mana tarikh 27 Februari merupakan hari Ahad, yang mana sedikit pelik berbanding kebiasaan pelancaran produk mereka yang selalu jatuh pada hari Khamis atau Jumaat.

Sekiranya perkara ini benar, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah ianya akan tiba di Malaysia.


Aplikasi iPad Untuk The Star Di Lancarkan Secara Rasmi
iPad 2 Bakal Diperkenalkan Pada 2 Mac Ini
iOS 4.3 Bakal Dilancarkan Pada 11 Mac
Celcom Memulakan Pra-Daftar Untuk Apple iPhone 4S
Adakah Ini Pakej iPhone 4S Daripada Celcom?

9 Komen

  1. mknace pada 20 Jan 2011

    :) :) :)
    terbaeekkk!!!!

    singgah dari mknace unlimited

    • Ikhwan pada 20 Jan 2011

      Eh. Komen encik mknace ni asyik-asyik “terbaeekkk!!!!”.

      Nota : Dalam blog Ikhwan pun dia komen macam ini juga.

    • Ali ridha pada 21 Jan 2011

      terjahat la buat macam tu.heeee….

  2. Ramdzi pada 20 Jan 2011

    hitam smart lagi.. hehe..

  3. Finalcross pada 20 Jan 2011

    iPhone4 hitam lebih menawan,lambang keunggulan. huhu

  4. mancai pada 21 Jan 2011

    cantik.. tapi sayangnya ia akan cepat kotor…

  5. Anipmz pada 09 Feb 2011

    Okie ler tue .. kalau betui keluar tapi aku pun setuju cepat kotor kalau takde casing .. yg hitam pun dah letih asyik berhabuk jer LOL

  6. Ariff pada 02 Mar 2011

    kat mne tmpt terbaek nk bli,iphone 4 yg mura n ori??


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader