READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

iPhone Generasi Baru Mula Kelihatan?

Diterbitkan pada January 6, 2011 oleh

Salah satu gajet yang dinantikan para peminat Apple seluruh dunia pada tahun ini adalah iPhone generasi baru, ataupun dipanggil iPhone 5 buat masa ini. Menariknya, kini, beberapa gambar awal mula tersebar di internet, memperlihatkan perantian yang diperkatakan akan menjadi iPhone 5 itu.

Menariknya, apa yang dapat dilihat melalui gambar tersebut adalah perbezaan yang ketara antara iPhone 4 dan juga iPhone yang diperkatakan iPhone 5 itu. Susunan komponen didalam perantian tersebut memperlihatkan sedikit perubahan, selain daripada rekabentuk antena dan juga rangka skrin telefon berkenaan.

Walaupun ianya masih lagi pada peringkat spekulasi, ada yang memperkatakan yang mana mereka telah mengkaji setiap komponen padanya, dan disahkan ianya 100% daripada Apple iPhone yang mana belum lagi diperkenalkan kepada umum. Namun begitu, ianya juga mungkin merupakan iPhone CDMA yang diperkatakan akan dilepaskan untuk Verizon tidak lama lagi.


Gambar daripada OSXDaily

Terdapat 2 komen

Komen

Nama
Web