11Jan

Joomla 1.6.0 Dilancarkan

Web 2.0

Setelah sekian lama dinantikan oleh para pengguna Joomla, kini, pembangunnya sudah pun melancarkan Joomla 1.6.0 yang mana telah dibangunkan daripada bawah, membawakan pelbagai fungsi menarik padanya, sekaligus memudahkan pembangunan laman untuk syarikat kecil mahupun besar dalam membangunkan laman web mereka.

Melalui Joomla 1.6.0, beberapa fungsi baru dibawakan, dimana melalui versi terkini, anda boleh mengawal akses dengan lebih mudah, sekaligus menetapkan tahap pengguna untuk melihat kandungan, mahupun untuk meng-edit kandungan pada Joomla. Selain daripada itu, ianya turut membawakan tema yang baru, serta semantik markup yang serba baru, dimana anda boleh mengawal tema web anda dengan lebih kreatif lagi. Joomla turut menjelaskan fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pada Joomla 1.6.0 secara lebih terperinci pada halaman rasmi mereka.

Bagi para pengguna Joomla, anda boleh mula menggunakan versi terbaru ini, dan menguji serta menggunakan pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya. Joomla 1.6.0 dikeluarkan menggunakan lesen sumber terbuka, membolehkan para pengguna memuat-turunnya tanpa sebarang bayaran.


Iklan Innity Mengandungi Malware?
Mudah.my, Media Prima Dan Maybank Merupakan Laman Tempatan Popular Di Malaysia
Twitter Mula Mengintegrasikan Kandungan Daripada Facebook
Fleapy Bakal Memperkenalkan Antaramuka Dan Beberapa Fungsi Baru
Facebook Membawakan Sokongan Menambah Efek Pada Gambar Untuk Telefon Bimbit

6 Komen

  1. xflixz pada 11 Jan 2011

    yahooo..penantian sekian lama berakhir….huhuhu

  2. mancai pada 11 Jan 2011

    selepas drupal 7 kini joomla pula… mau di cuba si

  3. Mohd Shahrul Hafizi pada 11 Jan 2011

    Laman web untuk buat laman web ke? Sorry. Noob sikit.

    • aMaNz pada 12 Jan 2011

      nie CMS, lebih kurang cam drupal ngan wordpress, tapi dengan fungsi berbeza.

  4. eastbullet pada 12 Jan 2011

    waa.. bestnye joomla baru dah keluar.. harap2 interface lebih menarik dan plugins lepas ni lagi hebat dan free!

  5. syafiq.net pada 12 Jan 2011

    dibangunkan daripada bawah

    kurang paham ayat ni. nak kata bottom-up ke?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader