Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Salah satu perkara yang membimbangkan pengguna dalam perjalanan jauh adalah kos minyak. Menariknya, kini selain memperlihatkan berapa lama masa yang diambil untuk perjalanan, Google Maps turut membolehkan para pengguna kira terlebih dahulu kos minyak untuk sesuatu perjalanan itu.

Fungsi Kiraan Minyak Pada Google Maps [via]
Buat masa ini, fungsi ini tidak diperkenalkan kepada keseluruhan pengguna, namun hanya untuk pengguna Eropah sahaja buat masa ini. Mungkin dalam masa beberapa minggu, ianya akan diperkenalkan ke seluruh dunia.
Melalui fungsi kiraan harga perjalanan ini, para pengguna boleh memilih perjalanan pada Google Maps, dan mereka akan diperlihatkan dengan harga anggaran untuk minyak, dimana para pengguna boleh mengetahuinya mengikut jenis kenderaan.
Selain daripada itu, memandangkan harga minyak adalah berbeza untuk setiap negara, Google juga membolehkan para pengguna mengubah harga kosnya mengikut pilihan pengguna. Mungkin kelak, fungsi ini setelah diperkenalkan ke seluruh dunia, ianya turut sama akan diperkenalkan pada Google Maps Mobile.
13 Komen
Tinggalkan Komen Anda
woah! sempoi! kalau minyak naiki harga,. kena update sokmo laa google haha
kalau ikut screenshot atas tu, google suh masukkan harga minyak lepas tu baru dia calculate. Kalau ikutkan, Malaysia je yg ada fix price utk minyak. negara lain byk yg guna kaedang floating – harga minyak berdasarkan harga semasa dunia. hari2 boleh turun naik.
wahhh terbaek la, tapi kalau kenderaan tu kuat makan minyak mcm mane, hehe
bagus la google ni… makin memenuhi kehendak global…. i like…
Wow! Ni barulah changgih!
Memang seswai sgt tuk wat
panduan tika nk pi melencong.
kalu kete buruk lak camne? enjin nak kena servis selalu ke kalau nak guna benda ni? hehehe…
pergh! terbaik la..
benda ni dulu aku penah terfikir jugak..sebab selalu guna gps..why dont estimate fuel usage kan? kira aku inovatif jugak la yer..mcm google
pembaharuan yang best ni..tunggu boleh guna kat malaysia pulak
menariklah mcm nie. heheh. google dh makin canggih ler. hehehe
sesuai utk ak ni, hehe…
Lepas ni makin popular la google maps kat Malaysia..
Terima kasih pakcik google..
Moga-moga bisnes saya makin maju dengan perkembangan ini..aminn
fungsi ni praktikal. seriously!