01Jan

KOffice 2.3.0 Di Lancarkan

Perisian, Sumber Terbuka

Pasukan pembangun KOffice telah pun melancarkan bagi versi terbaru aplikasi pejabat, KOffice iaitu versi 2.3.0. Ia membawakan pembaharuan dalam semua aplikasi KOffice beserta beberapa fungsi baru diperkenalkan padanya.

Antara fungsi baru yang diperkenalkan pada KOffice 2.3.0 ini adalah termasuk aplikasi Krita, iaitu aplikasi untuk melukis dan melakar untuk pengguna-pengguna professional. Selain daripada itu, KPresenter juga diperkemaskini dengan pelbagai bentuk dan ciri-ciri terbaru paparan dan animasi slide padnaya.

Turut melalui pembaharuan ialah enjin teras pada KOffice dan plugin untuk menyokong format OpenDocument dengan lebih stabil terutama sekali pada fungsi Rendering Text serta pengintegrasian penambah-baikkan sokongan dokumen baru termasuk dokumen-dokumen Microsoft seperti docx, xlsx, pptx dan lain-lain.


Dengarkan Oh! Media FM Terus Melalui Aplikasi Desktop Anda
Mozilla Thunderbird 5.0 Beta Sedia Diuji
Adobe Mengambil-Alih EchoSign
Muat-Turun Aplikasi Facebook Messenger Untuk Windows 7 Sekarang
3 Saluran Menarik Untuk Mengikuti Tutorial Photoshop Di YouTube

1 Komen

  1. Mohd Isa pada 02 Jan 2011

    hoho..aku nak test run kat ubuntu jap la..jadi ke idak yerk…hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader