22Jan

Komen Pada Facebook Kini Dikemas-Kini Dalam Masa-Nyata

Web 2.0

Setelah memperkenalkan fungsi komen masa-nyata pada Facebook Groups sebelum ini, kini ianya dilihat yang mana fungsi tersebut bakal diperkenalkan kepada keseluruhan laman Facebook, sekaligus menjadikan komunikasi antara pengguna lebih mudah dan pantas, tanpa perlu para pengguna menekan butang refresh seperti sebelumnya.

Perkara ini, sekaligus menjadikannya seperti salah satu platform sembang (chat), memandangkan semuanya dikemaskini secara masa-nyata. Selain daripada itu, sistem notifikasi yang serba baru ini, mungkin secara tidak langsung tidak berapa menganggu pengguna seperti sebelumnya.

Untuk makluman, fungsi seumpama ini pernah digunakan pada sistem komen FriendFeed, dimana mereka pernah menggunakan fungsi komen masa-nyata pada laman mereka sebelum ini. FriendFeed sebelum ini telah diambil-alih oleh Facebook, serta pasukan disebalik FriendFeed telah diserapkan bersama pasukan pembangun Facebook.

Selain daripada fungsi komen, Facebook juga turut sama telah memperkenalkan fungsi statistik masa-nyata pada Fan Page, dimana kini para pentadbir halaman Fan Page boleh melihat perkembangan Post Insights sebaik sahaja status ataupun pos dipaparkan kepada semua, berbeza dengan sebelum ini.


JomTwit Bakal Di Lancarkan Dalam Masa Terdekat
Groupsmore Melangkaui Angka 50,000 Pengguna
FourSquare Melangkaui Angka 1 Billion Daftar Masuk Lokasi
Facebook Memulakan Ujian Aplikasi Facebook Messenger Untuk Desktop
ProductiveMuslim Melancarkan Aplikasi iOS - iTaskinator

3 Komen

  1. Wan Perlis pada 22 Jan 2011

    bila facebook nak perkenal siapa yang view kita

    • matjan pada 22 Jan 2011

      mana boleh. macam mana nak view awek hot. nanti dia tau

  2. Taufik Mansor pada 22 Jan 2011

    aku dh dapat fungsi komen masa-nyata kat facebook lama aku….yg facebook baru masih belum kelihatan. :D


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader