14Jan

Koupon Menceburi Industri Diskaun dan Tawaran Harian

Web 2.0

Dengan pelbagai laman tawaran dan diskaun sedia ada, industri tersebut masih terus dimeriahkan, dimana terkini, kami menemui laman Koupon yang mana menawarkan diskaun sehingga 90% kepada para pengguna dalam pembelian secara berkumpulan, sekaligus membolehkan para pengguna berjimat dengan mudah.


Antaramuka Laman Koupon.com.my

Laman Koupon masih lagi baru, dimana ianya dilihat telah dilancarkan pada tahun ini, dan sehingga kini lebih 5 tawaran dan diskaun telah ditawarkan melalui laman tersebut. Selain daripada itu, menariknya mengenai Koupon adalah dimana para pengguna boleh meminta kepada pihak Koupon berkenaan dengan tawaran dan diskaun yang diinginkan, dan seterusnya, mereka akan cuba mendapatkan perkara tersebut.

Di Malaysia, beberapa laman dengan konsep serupa telah diperkenalkan sejak daripada tahun lepas, dimana, antaranya termasuklah GroupsMore dari YouthAsia, Baloi, Qpon, ILoveDiscounts, MyDeals.com.my, Tawaran Harian, Everyday, OrangeDeals, dan banyak lagi. Namun begitu, kebanyakkannya masih mensasarkan pada Lembah Klang sahaja buat masa ini. Laman-laman dengan konsep sebegini juga dijangka terus meningkat sepanjang tahun ini.


Antaramuka Pertama Laman Undies.my Diperlihatkan
FilesTube Memperkenalkan Nama Domain Alternatif Untuk Pengguna Malaysia
Joomla Menjana Lebih 2.7% Daripada 1 Juta Laman Terkemuka Dunia
Asyik.TV Menutup Halaman Ujian Beta - Mempromosikannya Melalui Aplikasi Facebook
HotFile Mengemaskini Polisi - Tiada Lagi Bayaran Komisyen Berdasarkan Angka Muat-Turun

1 Komen

  1. ohcikgu pada 14 Jan 2011

    wahh. banyak tol dah website macam nih..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader