01Jan

KreativeThemes Memperkenalkan Struktur Harga Baru

Web 2.0

Setelah mendiamkan diri untuk sementara waktu, kini KreativeThemes mula aktif kembali, dimana mereka mulakan tahun baru 2011 dengan melancarkan rekabentuk laman, selain pada masa yang sama turut memperlihatkan struktur penghargaan yang baru, menjadikan tema mereka mampu dimiliki oleh lebih ramai pengguna bermula pada harga serendah $29.


Rekabentuk Kreative Themes Dulu dan Kini

Sepanjang tahun 2010, walaupun kelihatan tidak berapa aktif, mereka berjaya mencapai pelbagai perkara, dimana sepanjang tahun 2010, lebih 4 tema yang menarik telah dilepaskan, selain mereka menggunakan lesen GPL untuk semua tema mereka seperti yang diminta oleh WordPress. Tahun 2010 juga merupakan salah satu tahun yang amat bermakna buat KreativeThemes kerana berjaya menjadi salah seorang penganjur untuk WordCamp pertama di Malaysia.


Struktu Harga Baru KreativeThemes

Sepanjang tahun 2011, KreativeThemes dijangka akan memperkenalkan lebih banyak tema-tema menarik, serta pelbagai promosi menarik akan diadakan oleh mereka. Pada masa yang sama, tema-tema mereka juga akan mula menyokong pelbagai perkara baru, termasuk sokongan untuk BuddyPress.


WebImpian Ingin Menceburi Industri Tema WordPress
Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter
Laman Carian Twitter Diberikan Nafas Baru
Facebook Menguji Bahagian Bar Atas Dengan Menyertakan Gambar Profil Pengguna
Dengan Pengenalan myIdentity, Ia Menjadikan Perkhidmatan myEmail Tidak Relevan Lagi

17 Komen

  1. Izzat Aziz pada 01 Jan 2011

    Pakej-pakej ni lagi menarik, terutama standard lite, aku beli premium theme jarang guna forum dengan psd file dia.. jadi tak perlu pun.

    Unlimited domain tu terbaik.

  2. Taufik Mansor pada 01 Jan 2011

    themes Kreative Themes ni ngan Thesis mana lebih hebat…. huhu

  3. Amirul Faisyal pada 01 Jan 2011

    Thanks Aman. Sian ko lama jugakla simpan screenshot tu, hehe.

    Apepun kredit to Gad, Izuddin Helmi dengan Wafiq sebab bersengkang mata dari ‘tahun lepas’ untuk siapkan last touch new KreativeThemes v2 design ni. They’re the unsung heroes behind the scenes! :)

    2011 jugak tahun improvement untuk KT. Banyak lagi yang perlu kitorang baiki, kelemahan2 tahun 2010 satu persatu akan kami perbetulkan untuk bagi yang terbaik kepada pengguna2 theme kitorang.

    Dan paling best, dalam masa terdekat ni jugak kitorang akan release FREE theme! Baca sekali lagi, FREE theme! (codename : harimau malaya) khas untuk penyokong tegar kami di Malaysia. :)

    2011 will be an exciting year for us, and hopefully it’ll also be for the rest of people on web startup industry.

  4. suffer8zine pada 01 Jan 2011

    wow! hebat2 belaka!

  5. Taufik Mansor pada 01 Jan 2011

    admin laman web (kreativethemes.com ) KreativeThemes ini orang sungai isap kuantan ek? gyahahahaha

    kalau cam tu dekat la ngan umah saya… walawe

  6. Iskandar pada 01 Jan 2011

    Harap Kreativethemes dapat naikkan kualiti support.

    Sebab theme dah cantik, cuma kadang2 bila client perlu jawapan, perlu ada respond dalam 12 jam pertama (menunjukkan krew kreativethemes prihatin). Dan kalau boleh jawapan yg menyelesaikan masalah dibuat dalam 24 jam selepas posting.

    Dan satu lagi, kreative kena buat marketing sungguh2. Tak ramai yg kat luar ni yg tau adanya kreativethemes ni.

    Aku harap kreativethemes berjaya pd 2011 dan tahun2 selepasnya.

    • Amirul Faisyal pada 01 Jan 2011

      Thanks bro. Bro Iskandar antara customer terawal kitorang dan pernah rasa how sucks our support was.

      Itulah tahun ni memang kami usaha yang terbaik untuk improve customer support. One thing that we already took is by hiring a dedicated support person (who happens to work with us full time starting by this month).

      Pasal waktu support (12 jam dan 24 jam), that’s a new thing to me. Thanks for the suggestion, I’ll tell our support person to follow that guidelines. Cuma kadang2 ada masa kalau kitorang terlepas support tu, mintak maaf. But we will do our best to give the best support to our users.

      Pasal marketing, 2011 ni kami akan lebih aggresif dalam marketing kami. Itulah masih ramai tak kenal kami lagi jadi lepas ni sy kena kerja lebih sikit untuk make sure KT dikenali semua.

      Thanks again for the wish and your pray bro.Really2 appreciate that. Do keep supporting us! ;)

  7. menj pada 01 Jan 2011

    Nampaknya pakej Standard Lite tu lebih sesuai untuk aku.

  8. Finalcross pada 02 Jan 2011

    KreativeThemes semakin kacak. Luv the new layout of their web. ^_^

  9. Mohd Isa pada 02 Jan 2011

    aku berminat gak nak dapatkan premium theme daripada kreativethemes ni, tp masalah kewangan tidak mengizinkan lagi. hope kreativethemes ni akan berjaya lagi di masa yg akan dtg. :)

  10. chokilala pada 02 Jan 2011

    yup. aku pun rasa daripada segi support korang kena improve. kadang-kadang lambat & jawapan kurang menepati apa yang ditanya

    daripada segi harga tu best la dah ada yang $29.90 tu. hehehe. tapi pastikan dalam documentation theme tu memang lengkap semua benda la kalau tak dapat access to support forum. kalau tak, pening juga tu. hihi

    lagi satu, banyak-banyak la sikit release theme. haha. other than that, takde pape dah. aku guna theme KT dekat blog chokilala pun sebab memang nak support produk malaysia :)

  11. izuddin.helmi pada 03 Jan 2011

    Iskandar & Chokilala – This is the comment that we need! Documentation and support are the area that we lacked now. Seems like need to improve our response hour.

    and thanks for your support =)

  12. RozaniGhani pada 03 Jan 2011

    The new price structures from Kreative Themes gives us better choice to buy KT Themes.
    Looking forward to buy theme from KT this 2011.

  13. ohcikgu pada 03 Jan 2011

    hoho..tunggu free theme harimau malaya tu..

  14. Frantz Dylandy pada 10 Feb 2011

    looking forward to buy one…

  15. Hadi Rofiee pada 21 May 2011

    Teruja untuk mengguna pakai tema KT kerana produk tempatan. Kini sedang meninjau2 tema Harimau Malaya (HM). :-)

    Semoga terus berjaya untuk KT. ;-)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader