28Jan

Laman 1Malaysia.com Digodam Kerana Telah Dicabar?

Web 2.0

Pada laman forum Devilzc0de, pengodam disebalik 1Malaysia.com, ianya diketahui yang mana mereka melakukan perkara tersebut adalah kerana telah dicabar dengan mengatakan yang mana laman 1Malaysia.com tidak boleh digodam. Namun, menariknya adalah dimana ID pengguna yang mencabar mereka adalah Skyfrens.


Mesej Cabaran Pada Devilzc0de [via]

Seperti sedia maklum, sebelum 1Malaysia.com dilancarkan, laman rangkaian sosial Skyfrens telah dilancarkan di Malaysia. Kedua-duanya membawakan konsep serupa dimana menyediakan sebuah platform untuk menghubungkan rakan-rakan, sekaligus menjadikan lebih sosial.

Namun begitu, ianya tidak pasti siapakah yang telah mencabar mereka, memandangkan yang mana didunia internet sesiapa sahaja boleh menyalahgunakan identiti, apatah lagi kerana mesej cabaran tersebut diletakkan pada shoutbox.

Kemaskini : Pihak Skyfrens mengesahkan yang mana mesej tersebut bukan ditinggalkan oleh mereka.


HTML5 Dipanggil Sebagai HTML Sahaja
Ovi Maps Diberikan Nafas Baru Dengan Fungsi 3D
NovaWeekend Memperlihatkan 6 Projek Baru Dilancarkan
Polis Diraja Malaysia Melancarkan Akaun Twitter Rasmi
Facebook Menguji Perubahan Rekabentuk Timeline Pada Halaman Profil

18 Komen

  1. chidori pada 28 Jan 2011

    hahahaha… ada unsur2 jeles disitu

  2. Bob pada 28 Jan 2011

    persaingan yg sihat lol

  3. Mr.Bintang pada 28 Jan 2011

    next… drBook2u.com

  4. Fazreen pada 28 Jan 2011

    I want to wait and see how far this fight (build up social site) can goes..

  5. Ali ridha pada 28 Jan 2011

    naik terlalu laju.
    kena godam la.

  6. Affan pada 28 Jan 2011

    boleh jadi fitnah.
    dulu blog masokis jadi sebab camni lah.
    ada orang salah guna identiti die, gi kutuk orang2 indon kat devilzcode kat shoutbox diorang.

  7. emptyspace pada 28 Jan 2011

    lolo web hekes Bandwidth Limit Exceeded

  8. chidori pada 28 Jan 2011

    tapi elok jugak kot kena hack.. atleast diorang dapat tau system diorang ada lobang

  9. CopiePasta pada 28 Jan 2011

    Baru saja register di skyfrens. konsep mereka memang seakan-akan sama dengan 1malaysia. Dua-dua menggunakan platform yang sama (socialengine.net). Bezanya skyfren ni mungkin nampak lebih menarik.

    Web devilcode – Bandwitdh limit excess. LOL..takkan kene serang balik kot?

    Owh, just nak highlight ntuk amanz, kalau boleh minta maklumkan kepada semua yang lain (yang pernah sertai 1malaysia.com) untuk tukar semua katalaluan. berkemungkinan password dan email mereka disalahgunakan oleh hacker indon.

    Ulasan berkenaan perlunya password ditukar – http://copiepasta.blogspot.com/2011/01/email-anda-mungkin-digodam.html

    Apa sekalipun. Ini membuktikan laman yang mengunakan platform (socialengine.net) samada skyfren ataupun 1malaysia tak selamat digunakan. Kalau nak guna pastikan katalaluan tak sama dengan email. ;)

  10. Iwan Wan pada 28 Jan 2011

    saya webmaster kepada skyfrens kami tidak tahu tentang itu,sekian terima kasih

  11. Frantz pada 28 Jan 2011

    ok, jeles nye pasal… apa kata kita bina mind map ringkas

    indonesia nak hack 1malaysia, tp dia nakkan alasan utk serang ==>
    lalu, ada beberapa orang gian, nyamar jd skyfrens… ==>
    diorang dpt alasan kukuh nak exploit, then ==>
    serangan berlaku, dan skyfrens dipersalahkan…

    ok, skang ni aku cabar skyfrens buat kenyataan, bahawa dia yang bertanggungjawab ke atas serangan yang berlaku kepada 1malaysia…. kalau tidak, anggaplah ni sebagai “things that i didn’t speak of”

    kalau tak bersalah, kenapa indonesian tuh pakai “skyfrens” ??… lolx

    • Support pada 28 Jan 2011

      Frantz, mstila dorg akan guna skyfrens sbb skyfrens kan mnggunkan platform yg sama dgn 1M..itu alasn tu akan mnjadikan kami kmbing hitam..takkan mereka nk myamar jd fesbuk kot..

    • Support pada 28 Jan 2011

      lagi satu, ada ke org yang kentut nk mngaku dia kntut?.. kalu Skyfrens nk gondam, takkan kami nk burukkan nama sndiri dgn ltk nama sndiri disitu..kalu anda betul2 matang boleh fikir smua tu…

  12. Support pada 28 Jan 2011

    salam, saya merupakan co-founder skyfrens.com disni saya menafikan sekeras2nya bahawa pihak kami tidak terlibat dalam penggondaman tersebut..ada pihak lain yang cuba memecahbelahkan dan mengeruhkan keadaan..walaupon kami dr platform yg sama kami tidak begitu bodoh nak menggondam org lain takde pekdahnya..disini saya bagi pihak skyfrens.com menafikan bukan pihak kmi yang menggondam..ada pihak lain yang cuba menngguk di air keruh…

  13. petimati pada 28 Jan 2011

    ne gara2 ulah anak2 1malaysia yang menantang devilzc0de.org….

  14. yoy pada 28 Jan 2011

    da kalau nak hack, macam2 alasan bole buat..


Trackbacks/Pingbacks

  1. 1malaysia.com Owned « matmund





Amanz Media Social Reader