Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nama 1Malaysia sememangnya telah menjadi suatu fenomena besar di Malaysia, dan kini ianya dilihat salah satu laman sosial dibangunkan dengan nama yang sama, iaitu 1Malaysia.com. Sepanjang semalam, pelbagai perubahan yang berlaku pada laman tersebut, dan kini kami percaya, apa yang digunakan sekarang mungkin akan menjadi rekabentuk akhir laman tersebut.

Laman 1Malaysia.com
Laman 1Malaysia.com sebelum ini merupakan salah satu blog, yang membincangkan pasal Malaysia, namun begitu, pemiliknya telah mengubah konsep dan segalanya pada laman tersebut kepada konsep laman sosial. Dalam tempoh kurang sehari dilancarkan, lebih daripada 113 orang pengguna telah berdaftar (sehingga artikel ini ditulis), dan angka tersebut meningkat dengan amat pantas sekali.
1Malaysia.com turut sama membawakan pelbagai fungsi sosial, daripada fungsi blog, forum, acara, video dan banyak lagi diintegrasikan bersama padanya. Penggunaan nama domain 1Malaysia.com juga dijangka akan berjaya menarik minat ramai pengguna, selain memudahkan mereka mengingatinya memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mohd Najib menggunakan domain seumpamanya, iaitu 1Malaysia.com.my.
17 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ni script sendiri ke guna cms yang dah ada??
aku tengok.. dia macam gunakan cms yang ada jer.. huhuhuhuh… tapi dia dah pilih premium punya cms
aah. dia beli premium punya cms. pastu dia edit
hadoiii problemnya, kami ni bukan berkawan dengan org 1Malaysia je
semua benda nak 1malaysia.. memang perancangan jangka pendek. nanti kalau dah tukar orang yang memerintah, guna konsep lain. habis tu takkan semua benda dari 1malaysia tu nak ditukar pada nama lain pulak.
aku rasa walau pemerintahan malaysia dah berubah kita tetap satu malaysia. betul tak?
banyak gila laman social network sekarang ni.
pergh mantap siot…
dah ramai ke yg guna? kalau ramai aku nak join…haha
yer lh klu dh rmi yg join ..nk gak join….
Kawan aku kata laman ni guna socialengine platform..
dah promote kat ohmedia fanpage.. sekali down terus daa.. suruh dia upgrade server tu.. hehe
1malaysia boleh..caiyok caiyok
Ha..ha..laman sosial 1 Malaysia..tapi time zone tak de pun masuk nama Malaysia..sian…
tq tq info tapi time zone tu,,, huhu tak de pon malaysia, knp? bang? akak? dik?
korang ni support la mlysia site. asik dok kondem jer. domain drbook2u.com korang kondem,1malaysia.com korang kondem. memula mmg taksedap,lama2 oklah.apapun aku ttp supot
PERHATIAN, laman web 1 malaysia telah ditanam shell oleh hackerindo. oleh itu hackers boleh memanipulasi acc 1malaysia anda. sy telah mngmbil lngkah mendelete acc sy,termasuk photo dan lain2. kalau sekadar nak test guna email anonymous dari http://www.hidemyass.com. tlg jgn guna email sbnr dan tukar pasword anda. sy tau semua ini melalui kwn indo sy dan beliau mngtakan data users dlm tgn mereka.so sila ambil langkah berjaga.sekadar peringatan. tq