Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Nampaknya, sepanjang tahun ini, kita akan dapat melihat pelbagai perkembangan menarik dalam industri web tempatan. Terkini, hari ini, laman direktori LamanBlog.com dilancarkan, dimana menghimpunkan blog-blog dari Malaysia dalam kategori dan mengikut platform yang digunakan oleh para penulis blog.

Antaramuka LamanBlog.com
LamanBlog.com ini merupakan projek pembangunan daripada WebImpian, yang mana sebelum ini telah memperkenalkan dua laman bercorak komuniti, iaitu TanyaSoalan.com dan juga Mau.my. Ianya juga diperkatakan yang mana lebih banyak lagi web-web menarik akan diperkenalkan oleh WebImpian sepanjang tahun ini.
LamanBlog.com buat masa ini masih lagi dalam peringkat percubaan, dan para penulis blog boleh menghantar blog-blog mereka untuk disenaraikan disana, sekaligus memudahkan para pembaca dan pengguna internet yang lain menemui blog anda dengan mudah. Penyenaraian di LamanBlog.com adalah percuma, dan tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan. Anda hanya perlu mengisi beberapa ruangan pada ruangan untuk menyertakan blog di LamanBlog.com, dan seterusnya blog anda akan disenaraikan bersama-sama yang lain.
15 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Dah submit 3 blog aku. tengok lepas ke tak
Baru submit satu blog. Harap-harap lamanblog.com ini akan jadi direktori blog pertama yang mendapat sambutan hangat. Insya Allah. Tahniah Web Impian!
LamanBlog.com nie lebih kepada dilancarkan semula, sebelum ini dihentikan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan…kalau tak silap ler, tanya tuan tanah utk kepastian.
Yup. Memang dilancarkan semula.
Tunggu laman impian tu ada rank dulu baru submit..aci tak?
Dengan lamanblog juga kita boleh dapatkan widget. Copy & paste saja kod javascript pada post blog kita. So info bagi sesebuah blog akan dipaparkan.
rasanya dah sumbit, takda effect apa pun…hoho…dah lama kot…
kalau yang dulu mmg dah takda. kena submit baru
Good… nak gak hantar blog aku ke sana.
Jumpa di sana… sana… saaannnnnnnaaaaaaa….
kalau letak function nak sort based pada alexa rank ataupun grank lagi mudah
ok bro dalam progress. sort by & search. dikala embun jantan menjelma akan terbit fungsi tersebut
ramai yang verify link. jadi blog anda tak keluar.
yang tak verify*
mcm best..aku dh submit blog aku dh..
amat menarik, terima kasih!