07Jan

Lebih 1 Juta Aplikasi Telah Di Muat-Turun Dari Mac App Store

Apple

Baru sahaja malam semalam Apple melancarkan Mac App Store kepada umum, dan menariknya, ianya telah mendapat perhatian penuh para pengguna Mac. Kini, dalam tempoh 24 jam daripada pelancarannya, Apple telah pun mengeluarkan statistik pertama Mac App Store, dimana lebih 1 juta aplikasi telah dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia.


Antaramuka App Store

Buat masa ini, hanya lebih daripda 1,000 aplikasi percuma dan berbayar sahaja yang ditawarkan oleh Mac App Store, dan pencapaian ini adalah salah satu perkara yang amat menarik sekali. Melalui Mac App Store, ianya menawarkan aplikasi dalam beberapa kategori, termasuk pendidikan, permainan, grafik & rekabentuk, produktiviti, dan banyak lagi. Untuk mula menggunakannya, para pengguna terlebih dahulu perlu mengemaskini sistem operasi mereka kepada Mac OS X 10.6.6.


Mac OS X Lion Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan?
Apple Sedang Membangunkan Teknologi Baru Untuk Strim Video Ke Televisyen
Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 4 Oktober?
Contoh Fungsi Assistant Pada iOS 5 Diperlihatkan Dalam Video Ringkas
Apple Bakal Memperkenalkan Aplikasi Pembangunan Buku Digital?

4 Komen

  1. matjan pada 07 Jan 2011

    power doh mac. windows pon takda. yang ada geng torrent yang miskin.

  2. Ramdzi pada 08 Jan 2011

    aku salah sorang dari sejuta! hahahaha..

  3. syahrilhafiz pada 08 Jan 2011

    fuh menarik gila…

  4. Mohd Isa pada 08 Jan 2011

    haha…meleleh jelah jawabnya…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader