03Jan

Lebih 10% Pengguna Kini Menggunakan Google Chrome

Google, Perisian

Google berjaya mempromosikan pelayar web Chrome mereka dengan jayanya sepanjang tahun lepas, dimana mereka telah mengakhiri tahun 2010, dengan angka 10 – dimana pembangunan pelayar web mereka telah pun mencapai angka pembangunan Chrome 10, selain Chrome kini memegang 10% daripada pasaran pelayar web seluruh dunia.


Chrome Mencapai Angka 10% Pada Bulan Disember 2010 [via]

Pembangunan Chrome telah diubah menjadi pantas sepanjang tahun lepas, dimana versi stabil akhir adalah Google Chrome 8, dengan Google Chrome 9 Beta telah dilepaskan, selain Google Chrome 10 yang sedang dibangunkan sedia diuji melalui saluran pembangun. Selain daripada itu, bilangan extensions untuk Chrome turut melebihi angka 10,000.

Walaubagaimanapun, menariknya adalah dimana angka pengguna yang menggunakan pelayar web Chrome terus meningkat, daripada 9.3% pada bulan November, meningkat menjadi 10% pada bulan Disember, suatu pencapaian yang drastik untuk pelayar web yang masih baru lagi itu. Firefox dan Opera masih kekal tanpa sebarang peningkatan, manakala Internet Explorer daripada Microsoft mula berkurangan penggunanya, daripada 58.4% kepada 57.1% pada bulan Disember.

Tahun 2011 mungkin menjadi lagi satu tahun yang utama untuk Google dan pengguna Chrome, dimana pada tahun ini, Chrome Web Store dan Chrome OS akan menjadi salah satu topik perbincangan utama dikalangan mereka. Selain itu, pembangunan Chrome yang laju juga dijangka akan membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik untuk para pengguna, sekaligus menjadikan pelayaran lebih menarik daripada sebelumnya.


Adakah Docs Adalah GDrive Yang Di Perkatakan?
Personas 2.0 Membawakan Rekabentuk Baru
Mozilla Memperkenalkan Firefox 9 Aurora
Paparan Awal BlackBerry 10 Mula Kelihatan Dengan Sokongan Widget
Google Dalam Proses Mendapatkan Akhiran Domain Baru?

4 Komen

  1. Naisophon Xn pada 04 Jan 2011

    Macam mana developer web browser ni buat duit eh? Barang berkualiti, mesti kos tinggi. Aku baca wikip, ada dia cakap Mozilla dpt untung USD 60mil. So macam mana? Sapa bayar?

    Aku curious dari dulu lagi.

  2. Taufik Mansor pada 04 Jan 2011

    chrome memang sesuai diguna berdasarkan tahap kelajuan internet di Malaysia…. lol… chrome laju surf internet dan pantas….. hal itu yg mengagumkan saya.

  3. eastbullet pada 05 Jan 2011

    baru aku tau IE paling banyak digunakan.. bagi aku IE tu sampah… hu3!

  4. MONAT2011 pada 17 Jan 2011

    macam eastbullet kata kat atas nun~ T.T aku tak tau plak yg banyak org guna IE tu~ tp mungkin sbb dia datang sekali ngan laptop/netbook/pc yg baru dibelikan~ aku tak penah nak guna IE yg lembab tu~ Chrome pujaan hati~ nak download2~ ada firefox~ ehhehee~


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader