Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah melancarkan Windows 7 pada tahun 2009 yang lepas, kini Microsoft mengumumkan dimana sehingga kini sebanyak lebih 300 juta lesen Windows 7 telah terjual secara rasminya. Selain daripada itu, statistik terkini memperlihatkan yang mana lebih 20% PC yang disambungkan kepada internet menggunakan Windows 7.
Ianya merupakan suatu pencapaian yang baik dari Microsoft, memandangkan produk sistem operasi mereka sebelum ini, iaitu Windows Vista mendapat kritikan ramai pihak. Namun begitu, Microsoft berjaya memenangi hati mereka kembali melalui Windows 7.
Buat masa ini, pembangun Windows 7 sedang giat membangunkan Service Pack 1 yang mana dijangka akan dilepaskan bila-bila masa sahaja tidak lama lagi. Pada masa yang sama, Microsoft juga sedang membangunkan sistem operasi generasi baru mereka, yang mana dipanggil sebagai Windows 8 buat masa ini, dan dijangka akan dilepaskan pada Januari 2013.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
tapi itulah, windows mencatatkan penurunan pada suku kedua. yg byk terjual Xbox 360. dah byk guna open source gamaknya. hehe
walaupun ada sikit penurunan.. tapi tetap hebatlah kalau boleh dapat jualan setahap ni.. bermakna secara rasminya memang ia diterima banyak pihak
windows terlalu banyak ancaman. kadang2 kaspersky pun x leh nak protect windows dari serangan malware 100%.
tapi masih ramai yg guna pirate
download sudey~ ahahahaha
tupun disebabkan dipaksa
kalo beli komputer dah siap ngan windows kalo x mesti lagi kurang nyer….
linux la yang terbaik…
lama lagi windows 8 tu
Terkini : Trend Gigi Bercahaya di Jepun
Kena sokong versi original tapi harga lak mahal
bagusnya windows ni berbanding open source dalam konteks developer, memang tak dapat dinafikan yang memang perlu guna windows. sebabnya? jarang ada IDE yang menyokong open sources.