08Jan

Lebih 6 Juta Blog Baru Di WordPress.com Sepanjang 2010

Web 2.0

Sepanjang tahun 2010, WordPress telah berkembang dengan amat pesat sekali, dimana kini Automattic telah pun mengeluarkan statistik tahunan mereka, memperlihatkan yang mana lebih 6 juta blog baru telah didaftarkan sepanjang tahun 2010, yang mana membawakan kepada jumlah paparan laman kepada lebih 23 billion.

Selain daripada itu, muat-naik media juga telah meningkat sekali ganda, menjadikan jumlah media seperti gambar dan video pada WordPress.com kini berjumlah lebih 94.5 terabyte, manakala jumlah penulisan artikel baru pada WordPress.com telah meningkat lebih 110%, kepada 146 juta artikel.

Pada tahun 2010 juga kita dapat melihat peningkatan penggunaan perantian mudah-alih, yang mana telah menyumbangkan kepada penulisan blog dengan lebih mudah, dimana penggunaan aplikasi mudah-alih WordPress telah meningkat lebih 700%, kepada 1.4 juta pada 2010 sahaja.

Mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak perkembangan positif sepanjang tahun ini, selain lebih banyak fungsi menarik pada WordPress yang akan memudahkan komuniti penulis blog diluar sana.


Halaman Utama Friendster Di Beri Sentuhan Baru
Twitter Bernilai Lebih $600 Juta?
Butang Google +1 Lebih Popular Berbanding Butang Twitter
TwitNView Meminta Artis Menghubungi Mereka Untuk Memulangkan Akaun Twitter Asal
Satoo.tv - Perkhidmatan Perkongsian Video Tempatan Yang Kian Dilupakan

11 Komen

  1. Affan pada 08 Jan 2011

    blog aku masuk statistik. yay

  2. paeh pada 08 Jan 2011

    ni wordpress.com je kee… sekali pakej dgn wordpress.org… kih3!

  3. zool pada 08 Jan 2011

    wordpress.com aku dah tak update dah,. pakai wordpress self hosted je

  4. syahrilhafiz pada 08 Jan 2011

    hoho, mantap..pasni pakat mai migrate ke selfhosted

  5. Pejuang Kesenian Extreme pada 08 Jan 2011

    WP best ma…sebab tu ramai orang suka..

  6. ohcikgu pada 08 Jan 2011

    tak lama lagi..1 orang..1 blog..

  7. Taufik Mansor pada 08 Jan 2011

    WP terbaik….. tiada tandingan dan percuma

  8. aculfolio pada 09 Jan 2011

    semakin ramai nampaknya pengguna wp… ape2pun wp mmg terbaik dengan update yg berterusan :)

  9. Ali ridha pada 09 Jan 2011

    semakin cemburu aku guna wp.hiii..

  10. Mohd Isa pada 09 Jan 2011

    hoho…wp terbaiklah…pasni aku nak tambah blog wp bebanyak lg…sp nak sponsor meh…hehe

  11. Wan Perlis pada 09 Jan 2011

    saya salah seorangnya


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader