22Jan

LoveMakan – Rangkaian Sosial Untuk Penggemar Makanan

Web 2.0

Selain daripada FaceFood, kini turut muncul sebuah laman sosial yang berkongsikan makanan yang baru, iaitu LoveMakan, yang mana dibangunkan oleh pembangun disebalik Bloglah.org dan beberapa aplikasi web yang lain. Pendaftaran pada laman LoveMakan.com juga amat mudah, dengan penggunaan Facebook Connect, selain membawakan antaramuka yang kemas dan menarik.

Sehingga kini, lebih 144 orang telah berdaftar, selain kandungan padanya dikawal-selia, dimana hanya kandungan berkenaan dengan makanan sahaja diperlihatkan. Para pengguna LoveMakan.com juga boleh turut sama mengakses kepada kandungan interaktif, termasuk gambar dan video, dan ketahui lebih lanjut berkaitan dengan sesuatu makanan itu.

Makanan-makanan pada LoveMakan.com dikategorikan mengikut negeri, sekaligus membolehkan para pengguna setempat mencari makanan kegemaran mereka yang berdekatan dengan lebih mudah, selain memudahkan mereka mencari makanan baru ditempat berdekatan mereka. Lagi satu perkara menarik yang dipaparkan pada LoveMakan adalah dimana setiap makanan yang diperlihatkan, turut dipaparkan bersama-sama dengan harga makanan tersebut, sekaligus memudahkan para pengguna membuat belanjawan awal, selain nombor telefon kedai makanan turut disediakan, untuk memudahkan proses tempahan.

Tips daripada @Ayeh.


Yemmz! - Laman Sosial Daripada TM
HTC Memperkenalkan Fungsi HTCSense.com
Bayar Tiket Wayang GSC Menggunakan PayPal Melalui Maxis Movies
FoodSpotting Lite Diperkenalkan Kepada Pengguna Android
Facebook Memfokuskan Dalam Membangunkan Dan Menambah-Baik Enjin Carian?

19 Komen

  1. popcorn pada 22 Jan 2011

    wah bagus… !!! i like!

  2. ekspresiruang pada 22 Jan 2011

    ni menarik sgt ni. aku mmg suka bab2 makanan ni. huhu

  3. chidori pada 22 Jan 2011

    huishh.. cambest jerr…

  4. leman pada 23 Jan 2011

    dengan platform joomla mcm2 leh buat

  5. Loq pada 23 Jan 2011

    This is better than facefood :P

  6. suffer8zine pada 23 Jan 2011

    tiba2 lapar pula ni bro

  7. kashah pada 23 Jan 2011

    facefood lg ok kot?

  8. aktechpage.com pada 23 Jan 2011

    Wahhh, laman web yg pasti menyelerakan sekali

  9. roy pada 23 Jan 2011

    Lapo aku tengok lovemakan.com tu. Tapi aku rasa lovemakan ni dah lama, kalau xsilap 2 tahun lepas dah ada, cuma yg part social network yg baru. Apa2 hal pun, good job!

  10. eiman pada 23 Jan 2011

    cemana boleh terlepas entri ini? rugi2..

  11. imanis pada 23 Jan 2011

    wah.. bes ni.. msti join.. hehe

  12. Wan pada 24 Jan 2011

    saya memang lovemakan

  13. nonie pada 24 Jan 2011

    Menarik. Boleh jual cake online lagi.

  14. Sham Hardy pada 25 Jan 2011

    haaaaaaaaaaa.. ni barulah betul social media pasal makanan. everything betul :D

    • popcorn pada 26 Jan 2011

      yup aku setuju! joooommm makannnnnnnnnnnnnnnn!

  15. Muruku pada 26 Jan 2011

    macam mana nak share tempat makan kat sana?

  16. sting pada 26 Jan 2011

    bagus siap ada lokasi, harga & nombo telipom lagi.. senang aku nak cari kedai makan tu. thanks

  17. Fazreen pada 27 Jan 2011

    1st impression aku untuk lovemakan lagi tinggi dari facefood

  18. Mohd Shahrul Hafizi pada 28 Jan 2011

    Cool! Tapi kurang berkenan dengan templatenya. Hohoho.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader