09Jan

MajalahIM Di Jenamakan Semula Menjadi MajalahNiaga

Lain-lain, Web 2.0

Sekiranya anda mengikuti FlareBiz, semestinya anda kenali salah satu projek mereka, iaitu MajalahIM, yang mana merupakan salah satu e-majalah yang memfokuskan kepada keusahawanan dan juga perniagaan dalam talian, dan menariknya ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Kini, untuk berkembang dengan lebih pesat lagi, pihak Flarebiz telah menjenamakan semula MajalahIM kepada MajalahNiaga.

Seperti sedia maklum, MajalahIM sudah tidak dikeluarkan buat beberapa bulan buat masa ini, dan kini Flarebiz menjenamakan semula menjadi MajalahNiaga, dengan fokus dan matlamat baru, dimana kini mereka memfokuskan lebih kepada blog, dimana lebih kurang dua artikel akan disiarkan setiap minggu pada laman mereka, selain turut sama akan mengeluarkan e-majalah MajalahNiaga 4 kali setahun, ataupun 3 bulan sekali. Perkara ini juga akan membolehkan laman MajalahNiaga dikunjungi ramai, selain meningkatkan lagi semangat keusahawanan dalam diri setiap pembacanya.


Laman MajalahIM Kini Di Jenamakan Semula Menjadi MajalahNiaga [via]

Selain daripada MajalahNiaga, Flarebiz merupakan tulang utama disebalik AkademiUsahawan.com, KomikNiaga.com dan sistem kedai dalam talian terkemuka, MiniNiaga dan juga NiagaKit.


MySpace Mencuba Profail 2.0
LamanBlog.com - Projek Direktori Blog Dari WebImpian
Twitter Memperkenalkan Discover Twitter
Tricubes Akan Menawarkan Peranti USB Biometrik Bersama Emel 1Malaysia?
(Video) Demo Fungsi NFC Pada Peranti Symbian Belle Dari Nokia

9 Komen

  1. mosyar pada 09 Jan 2011

    masalah hosting lahirnya majalahniaga. kemampuan hosting.

    terbaik flarebiz. [ adly & zhafran ]

    • Labanon pada 09 Jan 2011

      Ha ha ha! Dolu-dolu Majalah IM ada masalah server, sehinggalah angkat dedicated server sendiri. ;p

      Anyway terima kasih di atas sokongan.

      • matjan pada 09 Jan 2011

        takkan site cam ni pon sampai nak ke dedi?

        • Labanon pada 09 Jan 2011

          Ya, site camni pun sampai kena pakai dedi. Sebab ada ruangan download. Jumlah pembaca Majalah IM sebelum ini ialah 20 ribu orang (subscriber). :D

          Tapi so far dedi ni juga digunakan untuk semua our project. KomikNiaga, ForumNiaga, MiniNiaga, Niagakit & macam-macam Niaga lagilah hehe.

  2. Mohd Isa pada 09 Jan 2011

    hoho…dah lama tak dengar citer majalah im ni. tahniah di atas kemuculan majalah niaga.

    • Labanon pada 09 Jan 2011

      Ho ho ho! Ya, dah berbulan-bulan lamanya Majalah IM di tinggalkan kerana tidak cukup kakitangan untuk handle benda ni. Sekarang alhamdulillah, dah ada individu yang tepat untuk handle Majalah Niaga ni. Terima kasih di atas sokongan. :)

  3. Labanon pada 09 Jan 2011

    Thanks Amanz! Insyallah lagi 2-3 bulan baru nampak hasil penjenamaan semula ni. Sekarang tengah mencari writer yang berkredibiliti untuk menyumbangkan artikel di Majalah Niaga. :)

  4. Safuan Sipenglipurlara pada 09 Jan 2011

    Tahniah kepada Team Flarebiz yang berjaya memberi nafas baru pada Majalah IM yang kini dikenali sebagai Majalah Niaga

  5. Taufik Mansor pada 09 Jan 2011

    terbaekkkk


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader