14Jan

Masa Depan MySpace Masih Menjadi Tanda Tanya

Web 2.0

MySpace kini dilihat seperti menghadapi masalah yang amat besar dalam dunia rangkaian sosial. Baru-baru ini, hampir 47% atau seramai hampir 500 orang pekerja telah dihentikan, dan kini masa depan MySpace masih lagi menjadi tanda tanya sehingga kini.

Buat masa ini, News Corp, syarikat disebalik MySpace dikatakan sedang melihat kepada beberapa perkara termasuk, jualan, atau menyatukannya bersama yang lain, mahupun memberikan dana dalam membangunkan kembali MySpace. Buat masa ini, ianya diperkatakan yang mana News Corp sudah pun mula mencari pemilik baru untuk MySpace.

Sebelum ini, MySpace telah mengenalkan antaramuka yang baru serta mengintegrasikan Facebook Connect dalam memenangi kembali hati para pengguna. Namun ianya seperti masih gagal, dimana untuk ianya diperkatakan MySpace membawakan kerugian dalam operasi kurang daripada $100 juta pada tahun berakhir Jun 2010. MySpace mengambil langkah untuk mengurangkan hampir 50% pekerja dalam usaha untuk mengekalkan keuntungan, dan ianya masih lagi tidak diketahui apakah masa depan untuk MySpace.


Tiket Tayangan The Social Network Untuk Di Menangi
Qpon Memeriahkan Industri Laman Tawaran Dan Diskaun
Lebih Maklumat Berkaitan TableFour.Us Kini Diketahui
Google+ Bakal Melangkaui 10 Juta Pengguna Hari Ini?
Minggu Media Sosial 2012 Bakal Diadakan Di Malaysia Bermula 13 Februari

9 Komen

  1. Izzat Aziz pada 14 Jan 2011

    Ini sistem kapitalis.. fail to compete you doom. Myspace dah tak relevent penangan facebook.. suggestion target local, target negara mana-mana.. cnth jadikan myspace khas untuk orang cina ke.. buat macam Baidu.. target market dia china je.. tapi ramai guna.. so rebranded myspace jadi china punya social network.

    • matjan pada 14 Jan 2011

      gua suruh dr rozmey beli.

    • aisyah =) pada 18 Jan 2011

      hahaha yeahh betol kate dia,,suruh dr,rozemy beli,,mane tahu dia ada idea tok pertingkatkan myspace =)

  2. zool pada 14 Jan 2011

    Beli la man. lepas tu rebranding balik. jadikan myspace sebagai tempat yang lebih kepada hiburan2. hehehe

  3. Zul's Stuff pada 14 Jan 2011

    no more myspacce la pasni…lps ni anak cucu kita dh x knl apa itu myspace dh..haha

  4. Ali ridha pada 14 Jan 2011

    daripada myspace aku kenal
    kumpulan muzik.

    nak tutup tu rugi juga.
    lagi teruskan.rugi besar.

  5. hafidz pada 14 Jan 2011

    myspace tengah tunggu dalam list untuk dimasukkan ke muzium sejarah huhu :lol:

  6. Taufik Mansor pada 14 Jan 2011

    myspace jd lagu ni angkara FB….

    pendek kata, populariti web itu tidak akan kekal selamanya……. itulah hakikatnya

  7. Wan Perlis pada 15 Jan 2011

    sejak ada fb semua lupa myspace dan fs
    myspace byk spam


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader