18Jan

Bayar Tiket Wayang GSC Menggunakan PayPal Melalui Maxis Movies

Web 2.0

Selain membawa masuk iPhone ke Malaysia, kini Maxis bergerak setapak kehadapan dengan memperkenalkan aplikasi Maxis Movies, dimana melaluinya para pengguna Maxis boleh membeli dan menempah tiket panggung wayang secara terus melalui telefon pintar iPhone mereka, selain membayar terus menggunakan akaun PayPal.

Aplikasi Maxis Movies ini boleh digunakan pada perantian iPhone, iPod Touch dan juga iPad, dan memerlukan iOS 4.2 untuk berfungsi. Melaluinya, para pengguna boleh membuat tempahan awal untuk filem kegemaran mereka, selain turut sama memilih tempat duduk, dan membayarnya terlebih dahulu dengan menggunakan PayPal dengan mudah. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh menikmati tawaran beli satu, percuma satu sekiranya membeli tiket pangguna wayang GSC pada hari Selasa selepas pukul 6 petang.

Ianya tidak pasti samaada adakah Maxis akan memperkenalkannya kepada pengguna Android, BlackBerry ataupun Windows Phone aplikasi yang serupa sepertinya. Namun begitu, para pengguna iPhone dan iPad boleh memuat-turun aplikasi tersebut secara percuma melalui iTunes.

Tips daripada Paeh. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter ataupun emelkan kepada media(a)amanz.my


Kini, Bit.ly Menyediakan Rumusan Data Statistik
Facebook Bakal Menyediakan Khidmat Emel?
Aplikasi Android Yang Memperlihatkan Promosi Berdekatan Dilancarkan
Aplikasi MyKouponz Untuk Android Dan iOS Dilancarkan
JomSocial Untuk Platform WordPress Pernah Cuba Dibangunkan

2 Komen

  1. Roslan pada 18 Jan 2011

    perghh paeh gune iphone..patam banjer la tu jadi tahitwitter..haha

    • paeh pada 19 Jan 2011

      jangan sebut nama binatang patam tuu… dia dah mati. kah kah


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader