22Jan

MilkADeal Menyertai Industri Tawaran Harian

Web 2.0

Selain penyertaan Google ke arena laman tawaran harian, di Malaysia, industri tersebut juga dilihat berkembang dengan sihat sekali. Selain beberapa laman tawaran harian yang sedia ada di Malaysia, terkini, ianya turut disertai bersama-sama oleh MilkADeal, yang mana turut menumpukan kepada kawasan Lembah Klang buat masa ini.


Antaramuka Laman MilkADeal.com

MilkADeal yang mana menawarkan diskaun keatas pembelian secara berkumpulan, turut sama dijangka akan memperluaskan operasi mereka ke Pulau Pinang dan juga Johor Baharu tidak lama lagi. Selain daripada itu, MilkADeal juga kini memulakan promosi laman mereka secara besar-besaran dalam mendapatkan pengguna baru untuk menggunakan laman mereka, sekaligus berjimat dalam pembelian pelbagai perkara.

Di Malaysia, antara penyedia laman tawaran harian yang popular adalah termasuk MyDeals dan juga Groupsmore. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin akan berubah menjelang akhir tahun kelak.


Versi Alpha Pertama Diaspora Menjelang Bulan Oktober
Twitter Dalam Perbincangan Awal Pengambil-Alihan
3 Aplikasi Menarik Daripada Facebook Developer Garage Kuala Lumpur
Aplikasi Android iLi Radio Sedia Untuk Diuji
Tonton Memperkenalkan Video Berbayar Serendah RM1

3 Komen

  1. suffer8zine pada 22 Jan 2011

    x tau pun benda ni sebelum ni, nice bro

  2. ekspresiruang pada 22 Jan 2011

    bagus, dunia online shopping kt msia makin berkembang. tp kalau boleh kualiti broadband kt msia ni makin elok la harapnya

  3. Hanny Ramzy pada 22 Jan 2011

    Aku perasan makin banyak web macam ni wujud kat Malaysia. Tadi aku baru perasan pasal DealMates.com.my pulak kat FB.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader