24Jan

MyFriends2U Memperkenalkan Laman Marketplace

Web 2.0

Salah satu laman sosial tempatan yang menarik adalah MyFriends2U yang mana telah dilancarkan pada tahun lepas. Menariknya, kini mereka terus memperkembangkan laman sosial tersebut, dengan penambahan baru, iaitu Marketplace, memudahkan para penggunanya untuk berjual-beli barangan, terus dari laman tersebut.


Laman Marketplace Pada MyFriends2U

MyFriends2U telah pun dilancarkan kepada umum pada tahun lepas, membawakan suatu rangkaian sosial yang serba baru dan menarik. Dan untuk menjadikannya lebih unik, kini mereka memperkenalkan Marketplace. Buat masa ini, Marketplace masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin pelbagai perubahan akan diperkenalkan dari masa ke semasa.

Sama seperti laman jual-beli yang lain, penyenaraian pada laman MyFriends2U dipecahkan kepada beberapa kategori untuk memudahkan penyenaraian dan juga pencarian produk. Selain daripada Marketplace di MyFriends2U, antara beberapa laman baru yang dilancarkan dengan konsep serupa, termasuklah, Habaq.my, Mau.my dan juga Lokal.my.


Gunakan Zoho Notebook Sebagai Ganti Google Notebook
200 Juta Pengguna Twitter Menghantar Lebih 110 Juta Tweet Sehari
Komen Pada Facebook Kini Dikemas-Kini Dalam Masa-Nyata
MilkADeal Menyertai Industri Tawaran Harian
Adakah Facebook Bakal Memperbanyakkan Iklan Pada Halaman Timeline?

13 Komen

  1. izuddin.helmi pada 24 Jan 2011

    Bloated.. same idea.. maybe we should be more creative on what to create else macam wasted.

  2. izuddin.helmi pada 24 Jan 2011

    Bloated.. same idea.. maybe we should be more creative on what to create else macam wasted.

    *sorry, tadi salah email.. haha

  3. Acul pada 24 Jan 2011

    ai mcm2 la skrg ni… tp harap server die x slow da cam dl

  4. suffer8zine pada 24 Jan 2011

    wahhh bagus ni, makin banyak pilihan la

    • chidori pada 24 Jan 2011

      yeahh.. byk pilihan seakrang.. pilih saja yg mana satu idaman kalbu hehe..

  5. admin pada 24 Jan 2011

    Bagus jika ada banyak pilihan, maknanya peniaga akan ada banyak persaingan dan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik.. pengguna senang hati

  6. ST pada 24 Jan 2011

    Bagus gak tu, lebih fokus untuk pasaran Malaysia.

  7. Iskandar pada 24 Jan 2011

    Yg aku perasan masalah web2.0 kat Malaysia ni ialah satu. Takde fokus untuk hasilkan duit. Fokus nya ialah trend, trafik dan design yg canggih2. Tapi bila takde duit, macammana nak bayar hosting dan staff? So, lepas 2 tahun, website tutup.

    Tak memikirkan soal wang bila buat website sebegini ialah seperti tidak memikirkan graviti bila terjun dari tingkat 12. Kerja bodoh dan gila.

    Buat laman sosial takpe. Tapi website mau tak mau kena generate duit. Lupakan la idea nak buat facebook kedua. Friendster pun dah hidup segan mati tak mau.

    Aku fikir begini. Buat laman sosial yg jauh lebih kecil, tapi boleh buat duit.

    Conthnya, laman web sosial utk penggemar kereta Honda saja, atau utk pesakit diabetes saja etc. Sebab laman2 begini akan punya ahli yg mempunyai kehendak yg boleh dipenuhi, dan ada produk spesifik yg mereka perlukan. So, bila korang expand laman sosial itu dgn adakan Marketplace, peluang utk buat duit sgt besar.

    Itu pandang aku. Sepanjang aku buat kerja internet fulltime, itu saja cara yg aku lihat berjaya buat duit dengan mudah.

  8. lutfi azhar pada 25 Jan 2011

    “Friendster pun dah hidup segan mati tak mau.” – LOL rindu zaman fs. :D

    There is no such thing as easy money. Your business model must be good. A lot of money need to be invested (marketing purpose).

    Senang cerita, marketing mesti bagus ma. Its all about marketing and the services itself. How wise you spend your money for that one single purpose, ‘to let people know’ about your website.

    Nice logo though. Love it. ^^

    • Sham Hardy pada 26 Jan 2011

      now that’s a quality comment. marketing very important.. very very very important!

  9. Fazreen pada 25 Jan 2011

    Aku sokong komen Iskandar. Kena ada management team yg bagus. Masing-masing perlu ada role sendiri. Baru sesuatu web tu akan maju

  10. Sham Hardy pada 25 Jan 2011

    MySpace + Friendster + Maybank2U = MyFriends2U

  11. Jenin pada 29 Jan 2011

    perkenalkan prodkan penduk kat website -betul ! ; dapat sale melalui website – aku ragu – ragu ; yg dapat sale drp produk sampingan utk lakukan produk utama – betul ! . masa google adsense tengah top , ramai yg keluarkan ebook cara nak tingkatkan hasil melalui google adsense ni; mereka ni yg buat duit; cam tu jugak e book cara nak dapatkan duit melalui blog; mereka ni yg dapat duit , yg buat blog, boleh bilang jari dapat duit ; jutawan internet ? – lagi karut setakat satu dlm sejuta bukanlah boleh dibanggakan


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader