Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Tahun 2010 merupakan salah satu tahun yang amat bermakna buat Nuffnang, dimana mereka telah mencapai pelbagai perkara sepanjang tahun, selain berjaya memperluaskan perkhidmatan mereka sehingga ke negara China, selain turut sama memperkenalkan perkhidmatan baru mereka, Jipaban, dan memperkenalkan versi baru ChurpChurp.
Kini, seperti sedia maklum, Nuffnang telah ditawarkan di lima negara, iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Australia dan juga China (namun begitu, halaman blog rasmi Nuffnang mengatakan pejabat Nuffnang hanya terdapat di hanya empat buah negara sahaja, tanpa termasuk China). Bilangan pekerja Nuffnang seluruh dunia juga telah meningkat kepada 70 orang, menjadikannya antara syarikat ICT tempatan yang berjaya.
Selain daripada itu, sehingga penghujung Disember 2010, Nuffnang telah mempunyai lebih 141,188 blog Malaysia yang berdaftar dengannya, yang mana telah memperlihatkan iklan sebanyak 2,523,818,153 kali, yang mana merupakan salah satu jumlah yang amat besar sekali. Nuffnang juga kini merupakan laman yang ke-31 paling popular di Malaysia, dan menduduki tangga ke 9,123 secara web keseluruhannya.
2010 telah menjadi antara tahun terbaik Nuffnang, dan sepanjang tahun ini, mungkin lebih banyak acara menarik akan disediakan untuk para penulis blog seluruh Malaysia, dan mungkin juga kita akan dapat melihat mereka memperkembangkan perkhidmatan mereka ke beberapa negara berhampiran yang lain. Sama-sama kita lihat perkembangan mereka.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Wooot!
I love Nuffnang!
*Walaupon Iklan semua aku campur haha*
company besar macam nuffnang pun guna wordpress source….. salute la beb.
terima kasih kepada nuffnang kerana bagi duit poket kat saya …
perghh!!banyak tu..terbaik r..nak keje ngn nuffnang gak..haha
hebat2 memang hebat
i love nuffnang…sebab nuffnanglah dapat jumpa bloggers dan dapat duit poket sekarang ni.thank you nuffnang.
Wah banyaknya.. memang hebat nuffnang ni.
tahniah buat nuffnang! marketing plannya juga sangat mantap! sumber pendapatan tambahan blog aku dulu.
tahniah buat Nuffnang…
Nuffnang memang terbaik drp ladang!
tahniah nuffnang… tuh sahaja yang aku ingin cakap…
tahniah nuffnang…we all proud with u…i will support u always, hehe…ayat nak bodek…kasilah earnings saya bebanyak yerk…
memang pencapaian yang membanggakan
hoho..nuffnang memang best.
nuffnang memang terbaik!
tapi lagi terbaik kalau sekali sekala buat event kat ipoh pulak…hehe