31Jan

Office 15 Akan Membawakan Aplikasi Dan Komponen Baru?

Microsoft

Selain daripada Windows 8 yang sedang dalam fasa pembangunan, Microsoft juga pada waktu yang sama sedang membangunkan generasi baru aplikasi pejabat mereka, yang mana buat masa ini dipanggil sebagai Office 15 (Microsoft Office 2010 menggunakan nama kod Office 14 sebelum ini ketika pembangunan).

Office 15 diperkatakan akan menjadi salah satu evolusi daripada Office 2010, dan membawakan pelbagai penambahan untuk meningkatkan produktiviti, selain dijangka akan membawakan integrasi kandungan kepada rangkaian sosial, serta sokongan perkomputeran awan, dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Office 15 juga dijangka akan membawakan beberapa aplikasi tambahan, selain pelbagai komponen baru padanya. Buat masa ini, masih tidak diketahui bila manakah Office 15 akan dilancarkan, namun ura-ura mengatakan ianya mungkin dilancarkan seawal tahun 2012, ataupun mungkin juga pada tahun 2013, sama seperti Windows 8.


Windows 8 Bakal Didatangkan Bersama-Sama AppStore?
Windows 8 Membolehkan Storan Fail Pemasangan Di Lokasi Alternatif
Windows 8 Dimuat-Turun Lebih 500,000 Dalam Tempoh Kurang 12 Jam
Kemaskini Mango Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Windows Phone 7
Microsoft Ingin Membida Untuk Mendapatkan Yahoo!?

9 Komen

  1. imjetfuel pada 31 Jan 2011

    baru jer mencuba Office 2010 for Mac semalam..rasanya nice la dari Iwork …x biasa guna iwork..so terpaksa guna Office 2o1o for mac..

    • imjetfuel pada 01 Feb 2011

      eh..silap..2011..bukan 2010..sebab Office for Mac 2011…

    • myFirdaus pada 01 Feb 2011

      stuju… office 2011 much better than iWork… alaa, iWork bru 09 kot… office dah capai 2011, munasabah laa ade bnyak perbezaan…

  2. Omar pada 31 Jan 2011

    Microsoft Office 2014..haha

  3. Wan Perlis pada 31 Jan 2011

    masih ada yg guna office 03

  4. Taufik Mansor pada 31 Jan 2011

    fail .docx office word 2007 kalau dibukak di word 2010 jadi berterabur ek ayat ngan gambar… LOL… so office 2007 tetap stabil sekarang manakala office 2010 masih belum stabil ketika ini.

  5. NoktahHitam pada 01 Feb 2011

    Korg sume bising2 ni.. original tak? Hahahha

    • Omar pada 01 Feb 2011

      original ya.. Microsoft Office 2010 Standard jer la yang mampu beli..

    • myFirdaus pada 01 Feb 2011

      sama mcm Omar… yang student nyer je mampu… huhuhu


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader